Saturday 24 November 2012

jenis jenis status facebook

www.tips-fb.com
orang usha


assalamulaikum semua.belum tido lagi?nak jadi burung hantu, bagus bagus jadikan aku mentor, memang layak nya digelar burung hantu.

 :) korang mesti kaki facebook kan, memang dah ketagih dengan facebook.aiseymen aku pun camtu, tapi sekarang dah kurang sikit ketagih tu, dah tak overdose dah, orait, jenis jenis status yang ada kat facebook.






status awek comel 

selalunya status jenis nie memang ramai lelaki LIKE, kalau ada butang LIKE kuasa 3 memang nak tekan dah,  apa tak nya dah awek cun yang tulis, tak payah nak taip panjang panjang, letak tanda senyum takpun tulis HURMM tak sampai 2 minit dah bepuluh orang like, beduyun duyun orang komen, kau ado?? 


status planet marikh

status nie selalu gak kita jumpa kat facebook, kalau nak paham apa dia tulis kena panggil makhluk asing  planet marikh datang tolong terjemahkan.jenis nie ,aku pun tak tahu SPM paper BM dapat berapa. contohnya mcm nie.. 

"HyE CaYuNK, CAYuNk ADEw MAneW tuEE, TeNgH TUnGgue ABg LETew.. CAyunK tAk Rindu ABg KEww"

haa tgk sekali pandang dah macam DIA TULIS ARAB DAAA..



status spam

status nie biasanya akan ditulis orang yang tengah alami tekanan perasaan tahap bawah sedar, kiranya tengah sedih tapioka la nie, kalau boleh selagi dia tak hilang sedih selagi tu dia nak update status sedih dia, dia punya status je dah penuh HOME, bersusun sampai kena scrool 2 kali! ikut kau la, facebook kau kan..


status forever alone

status jenis nie memang nampak sangat dia forever alone, terang lagi besuluh tak payah guna torchlight memang lonely nie, selalunya status jenis nie lelaki yang tak hot, tak hensem yang tulis. (adakah aku pun camtu, ohh tidak! haha) takde sapa nak like or peduli status nie. nasib kau la eh. 


status sendiri status sendiri komen

status jenis ni lebih kurang macam forever alone gak, dah takde sapa nak komen ,dah tu sendiri komen la,bagi nampak rancak sikit kan


status sendiri status sendiri like

nie pun satu lagi simptom2 mr lonely, status sendiri sendiri like, gambar sendiri sendiri like.  kalau ada button like kuasa 25 ribu memang nak tekan dah bagi nampak banyak orang like status tu. 


status alim kucing parsi

status jenis nie memang bagus, selalu post benda benda yang datangkan pengajaran, tapi jangan la jadi alaim kucing parsi, kat facebook status bukan main alim, kat luar, perggghh kalah jin notti..baik itu jahat jahat itu baik.takpun orang lain tengah rancak berkomen tetiba dia masuk, barangsiapa melengah lengahkan solat tergolong dalam kalangan orang yang rugi,, tengah tengah maghrib komen camtu, yang ekau tu buat apa lagi ,,pegi la solat..takmo takmo camtu.


status bengang tahap dewa

status jenis nie lain sikit, bila korang update status, "alamak demam la pulak" pastu akan ada orang komen, "ada aku kesah?" memang nak cari gaduh la kan, dengan tak pernah sebelum nie nak komen status, tetiba malam tu muncul dengan komen yang membuat kan korang nak pelangkung dia. takpun korang punya la hepi nak bagitau 1 dunia yang korang ada pakwe, "i love u bee,,ayg cyg bee" then ada orang komen "Zzz" memang what the fish la kan.haha


status lari tajuk

status jenis nie memang membuat kan korang rasa nak hempuk je laptop atas kepala si polan yang komen tu, tengah syok syok bahas pasal politik isu semasa, boikot MCD, makan la KFC, tetiba ada sorang mamat datang and komen dengan tajuk yang lari, dengan loyar buruk nya, pastu korang pulak tak kenal siapa tu, kalau korang kenal maybe boleh diterima sebab kawan korang saja nak menganjing korang! ;)


status bajet 2012 hot

status jenis nie memang tuan punya status takkan balas kalau korang komen kat bawah status tu, dia rasa bila dia komen panjang panjang, ke hot-an status tu dah jadi suam suam kuku kambing. (aku terasa nie) hahah


status berangkai

status jenis nie memang buat orang malas nak baca, dah la tulis panjang macam nak buat karangan, pastu cite pasal diri dia pulak tu, tak cukup dengan tu bahagia komen tu pun dia sambung lagi cerita dia punya pengalaman hidup haritu.adoi.....


status kena hack

status nie memang kita boleh detect sebab status jenis nie memang mengarut , kalau lelaki memang biasa nya status hack dia mesti "SAYA GAY" tu dah taw dah mesti kena hack tu..


status kamus oxford fajar

status nie biasa nya memang susah nak faham sebab memang dia tulis bahasa inggeris, 1005 bahasa mat salleh, memang tak berapa nak paham,sudah nya  scroll bawah.kan3.


status facebook nie memang kau punya

kalau boleh semua benda dia nak update, nak demam update, begaduh dengan pakwe update, nak makan update, nak berak pun update. 





so mana satu entah kita nie????


DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

No comments:

Post a Comment

Cer komen sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...