Friday 29 November 2013

cara menangani anak kaki GAMES

www.tips-fb.com
orang usha

Budak-budak zaman sekarang biasa la kan, baru umur 7tahun dah pandai pegang Ipad segala, kepada ibu dan kepala bapak bapak2 diluar sana,  ni salah satu cara untuk tangani anak yang kaki games


STEP 1 ) rampas game dari anak anda


STEP 2) dan main game tu sampai habis bateri atau jahanam


nampak macam tak lawak kan,,tak sampai lawak nya,, tapi tu la sebaik baik nya, pantau anak anda, jangan anak anda 24 jam kt cybercafe main game.



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Saturday 23 November 2013

arnab yang sangat rare!

www.tips-fb.com
orang usha

Apa yang rare nye?arnab je pun..tapi ini adalah rare bila arnab yang korang tengok dah macam arnab mutant.haaa try tengok.







ha kan aku dah cakap RARE,,ada tanduk keliling muka! tapi ni bukan arnab mutant ke apa,,cuma arnab ni dijangkiti sejenis virus ,cottontail papilloma virus (CRPV)  atau disebut Shope papilloma virus.

DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

blog yang boleh meramal tarikh kematian anda??!!

www.tips-fb.com
orang usha

WHAT THE FISHCAKE, macam death note habaq hang ! ini memang sangat sangat what the hell.. boleh pulak enter tarikh lahir and dia akan calculate tarikh kematian korang? macam-macam benda merepek mat salleh nie..




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Anatidaephobia sejenis fobia yang pelik???

www.tips-fb.com
orang usha

kalau nak tau Anatidaephobia adalah sejenis fobia..macam-macam jenis fobia ada kan.ada yang takut darah,takut air. and macam-macam lagi la.tapi korang kena tau ada jugak fobia yang pelik..nak tau Anatidaephobia tu fobia kepada apa???

jawapannya......


"takut kat sayer ke bang?"


yes! Anatidaephobia ada fobia kepada itik! pelik? yup itu la hakikat nya..  dorang yang ada fobia ni akan rasa apa pun yang dorang buat akan diperhati oleh itik.weird?pecaya je la labu..ini fakta! :)



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Diculik selama 20 tahun!

www.tips-fb.com
orang usha

Savanna Harris Todd hilang dari South Carolina bersama-sama  ibunya pada tahun 1994 ketika usia 11 bulan, ketika dalam kes menuntut hak penjagaan terhadap Savanna. Selepas 20 tahun Savanna dijumpai selamat dan sihat dengan menggunakan nama SAMANTHA di Australia. ibu nya  Dorothy Lee Barnett  berdepan dengan pertuduhan menculik Savanna dan ditahan di Queensland. 



Savanna bersama teman lelaki, gambar savanna ketika 'diculik'(kanan) dan ibunya Dorothy Lee Barnet


DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Pelajar perempuan digantung sekolah kerana penampilan

www.tips-fb.com
orang usha

Dua orang pelajar perempuan ,Abby Huxley, 14 (kanan), dan rakannya Courtney Redfern, 15, digantung dari Samworth Akademi di Mansfield, Nottinghamshire selama tiga hari selepas kakitangan berkata penampilan mereka menentang peraturan sekolah.

ha nak tahu penampilan yang macamna sebab dorang kena gantung? 
ni ha





so budak-budak sekolah jaga penampilan tu,,kang ada jugak kena gantung sekolah.hehe



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

unmasked! manusia disebalik teletubbies

www.tips-fb.com
orang usha

kalau korang lahir tahun era 80-90 mesti korang tahu punya kattun teletubbies.ni dia orang-orang disebalik kartun teletubbies.. 




ha dorang ni la yang pakai mask teletubbies ..


















DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Tuesday 5 March 2013

aku maafkan kamu

www.tips-fb.com
orang usha

salam! 

aku maafkan kamu.awat pelik sangat aku punya tajuk entry hari nie? apa yang pelik nya? betul apa, apa aku cakap, aku maafkan kamu.. makna nya aku maafkan kamu laaaa, korang bila lagi nak maafkan orang yang pernah buat salah kat korang? takde sapa yang perfect kan.sempurna? ada ke manusia yang sempurna zaman sekarang ni? aku rasa takde weh takde, even orang yang baik pun pernah buat salah kan, kalau nak orang maafkan kita, apakata kita maafkan orang dulu, baru fair and square.



aku maafkan kamu, kenapa aku kena maafkan kamu? ok mesti korang pernah terpikir, kenapa korang kena maafkan dia padahal kejahatan yang dia buat kat korang mengalahkan bapak setan. memang buat kan korang traumatised~ tapi korang pernah dengar tak? kalau orang buat jahat kat kita jangan balas dengan kejahatan jugak ,yela api sama api.. jahat sama jahat, sampai bila pun tak habis kan. mesti ada orang kata,  cakap senang la, jahat jangan balas dengan jahat, orang simbah kita dengan air taik, kita balas dengan air downy. memang tak la kan, aku bagi contoh, orang kena santau tak la sampai mati, tup2 dia dapat tau penyangak mana yang santau kan dia tu, korang rasa apa yang dia akan buat?




kita bakor ~ kita bakor je dia.kepala otak aku pun menyarankan benda yang sama, kau yang start dulu so aku balas balik, kau hantar aku setan aku hantar balik bapak setan nak kacau hidup kau. macam tu??????jangan ~ kalau kita balas dengan jahat sampai bila nak habis daaaaa, kalau kita buat baik kat orang yang buat jahat kat kita, mana tau satu hari nanti dia terpikir,, tak pernah dia balas balik apa aku buat kat dia, so baik aku berenti and mintak maaf,




time tu bila si mambang ni datang nak mintak maaf, ni la maksud nya 'aku maafkan kamu', so maafkan, mudah aku cakap kan kalau kena kat batang hidung aku boleh ke aku maafkan ni? susah gak ni. tapi orang yang baik takkan buat jahat kat orang, so pikirkan and jom jadi kan diri kita hari ini lebih baik dari semalam

babai




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Friday 15 February 2013

gejala pintu jamban

www.tips-fb.com
orang usha

salam, 

semalam aku gi mall, al maklum la hari minggu kan,tengah aku pusing2 mall tetiba rasa nak ter berak la  pulak, masuk je jamban nak melepaskan segala hajat yang terbuku kat hati nie, memang what the hell, jamban kotor, dengan tisu besepah, and satu lagi hal, jangan tekejut kalau tengah melepas bom tu korang akan di ceriakan dengan komik komik, 




kan ade komik tu, ni la budaya remaja, remaja mana?korang rasa sape yang tulis,india cina?NO BUKAN, ni semua keja budak budak melayu, yang aku pelik nya dorang nie memang ada niat ke nak conteng conteng pintu jamban nie, 1 keja pulak nak bawak MARKER PEN dari rumah, memang shit la, hahaha.penuh no fon kat pintu jamban tu, dah macam YELLOW PAGES, kalau cat pintu jamban tu kaler kuning, dah tak tau beza mana 1 pintu mana 1 yellow pages. 





sebenarnya dorang semua ni ada bakat , darah seni mengalir, tapi silap tempat dorang curah kan hasil seni tu, aku nak kata apa pun memang takde faedah, so mari kita sama sama bawak marker pen bila ke mall.hehe

k babai 


pinpiunnie, 

DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Edisi carutan @#%$#5

www.tips-fb.com
orang usha

salam

edisi mencarut! serius sebelum aku start tulis memang takde niat nak mencarut, jangan salah sangka wokey?memang dah sebati dalam diri kita termasuk korang, aku, dan masyarakat malaysia bila tak puas hati sikit mula nak mencarut sebakul, yang beza setiap orang tahap mencarut tu, ada 3 tahap nak mencarut, tahap sopan, tahap sederhana and yang paling bebisa bila kena tahap carut giler babeng punya, yang ni kaw kaw punyer kena, kalau korang mangsa memang rasa nak telan pil kuda bagi mampus time tu jugak, takpun hati korang akan panas, dan membuat kan korang rasa nak join mencarut, biar sama sama panas,

apa yang aku maksudkan dengan 3 level tahap carutan?firstly meh aku nak bagitau carutan ni memang dah sinonim dengan lelaki..lelaki lebih cenderung untuk mencarut, tak kira tengah marah or tengah bersuka ria, even melatah pun nak mencarut, what the hell dengan kami.opss bukan kami sebab aku tak temasuk golongan yang mudah mudah mencarut sebab carutan aku begitu beharga, hehe





apa kes,, nak mencarut pun ada tahap sopan??nak mencarut kena power???? biar yang kena kasi meleleh air mata, ishhh ni la salah 1 sebab apesal manusia suka mencarut, sifat tak puas hati kat orang, panas baran. and balas dendam..kalau lah anda besabar! bak kata iklan tu, sesal dulu pendapatan sesal kemudian memang dah haprak, kelabu asap. benda kecik pun nak mencarut seberat lori simen. apakejadah nya tu,





ALI : sial la bodo la kau, BAB* betul.. hahah.lama tak jumpa, kau hilang mana??
ABU : %^$^&%$ .. aku ada ja, ko la macam PUNDE*,, dari dulu kata nak jumpa! tengok2 hilang

nampak tu, time suka pun nak mencarut..si ali pun satu, bila dah jumpa member lama, dah jumpa pun nak maki si abu sebakul,apa salahnya macamni.

ALI : weh, lama betul tak jumpa kau, hilang mana entah!!!
ABU : kau tu yang hilang, dulu cakap nak jumpa!

ha .ha kan sweet sikit, nak lagi sweet, belaga la pipi sikit.haha, kurang sikit dosa, ni dapat dosa kering ja carut carut.




carut tahap sopan

tadi aku ada mention 3 tahap mencarut,tahap sopan,. yang ni memang jaga lagi la perasaan.takowt makan dalam la katakan.agak belapik sikit.carut tahap ni biasa nya gunakan singkatan, contoh  macam WTF WTH NOOB LEMBS.kan sopan tu.berlapik kan.haha.apa korang rasa kalau awek yang korang usha ushi.memang sopan tahap siti saleha. siapa siti saleha?nak tau cari google.tu pun nak kena ajar.haha.what the fish!! opss tercarut sopan la plak.maafkan sayer, maafkan sayer..balik kepada soalan aku tadi, apa rasanya bila awek ayu tapi suka mencarut, susah nak jumpa sebab dorang ni diciptakan dengan sifat lemah lembut, kalau ada pun jarang, tu pun dah kira guiness book of record, kalau 10 ada sorang awek yang mulut longkang tersumbat, sebab tu aku cakap perempuan susah nak jumpa yang kaki carut, so perempuan sila kekalkan sifat sopan anda tu, sebab kami  lelaki masih menganggap anda semua permata negara. ;)


carut tahap sederhana

ada jugak tahap sederhana.yang ni selalu nya yang dah agak pro dengan gejala nie, contoh BAB*, BOD* BAHLU*. kalau sehari tak mencarut memang nak kena penyakit parkinson.biasa nya orang yang kuat carut nie memang kaki gaduh punyer, kalau bukan kaki gaduh pun jenis kaki busuk stokin, memang sentiasa tak puas hati kat orang, dia jer yang betol.yang pelik nya marah kat orang lain tapi  babi yang kena, ape salah beliau ??

carut tahap gila babeng

yang ni tak payah kowt aku nak cakap.memang saper yang kena ni memang dah angkat kaki nak penerajang si yang mencarut, so besabar la anda yer, jenis ni memang sekali dengan mak bapak dia tarik masuk dalam carutan dia tu! so, apa pun aku rasa mencarut tu tak bagus untuk kesihatan,jangan amalkan selalu.sekali pun jangan,dosa taw. :)



k babai




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Sunday 10 February 2013

uitm tu sesape pun boleh masuk??

www.tips-fb.com
orang usha

salam,

firstly aku nak cakap what the hell you thinking about!  alkisah bemula bila mak aku balik begebang dari rumah member dia. balik je dari begebang mak aku pun me REWIND kan apa yang dorang gebangkan . biasa la tu masing masing bertukar tukar citer hot.anak bedah mengandung tak kawin, anak pak mat curi moto,anak pak kassim ,sembunyi dalam jamban lepas mencuri. tu aku malas nak dengar.,tapi  antara citer hot yang membuatkan aku hot telinga bila dengar, UITM ni universiti paling low antara sumer U and semua orang boleh masuk, sekali lagi WHAT THE FISH mak cik and all the pak cik thinking about?? 




aku pun tak tau dari mana pak cik and all the mak cik dengar fakta ni, maybe dari anak dorang yang dorang bangga bangga kan masuk UPM, UM, USM, limkokwing kejadah semua tu,masuk la apa korang nak masuk,  tapi yang nak dijadikan kisah why korang cakap UITM ada lah yang terlow antara U, sebab korang nampak kuantiti UITM nie banyak? bersepah kat mana mana pun kat Malaysia nie? ok sedikit sebanyak aku akui walaupun berat mulut aku macam dah ada sekilo baja taik ayam yang melekat kat bibir aku untuk mengaku yang UITM nie untuk tolong bumiputera yang tak mampu dan low yang still ada niat sebesar taik hidung untuk menuntut ilmu.  


 tapi kalau korang rasa UITM nie pakai ambik je student , untuk melambak kan student kat kampus cawangan,pastu bayar yuran, then semester depan kena tendang.rasanya silap kot.macam sekarang la lambakan MAT BANGLA, INDON, MAT NEPAL kat malaysia siap dapat free free kerakyatan, gambar ic dorang siap tersengih lagi. memang shit la kalau senang senang camtu.




uitm ambik student bedasarkan kelayakan, and kelayakan tu pulak bedasarkan apa yang dorang patut belajar,  contoh nya, Samad lulus SPM dapat cangkul, kalau kos yang dia apply kat uitm memang cukup dengan kelayakkan,, why not Samad diberi peluang untuk sambung belajar kan. dapat cangkul takkan dia cuma layak tanam tebu kat belakang rumah. lagi pulak kos yang samad mintak tu tak banyak persaingan so apa sebabnya samad tak boleh dapat.

kalau korang perasan syarat syarat kemasukkan memang la tulis SPM lulus BM, lulus BI, kredit je, tapi belambak rasanya yang lulus and lebih baik dari tu pun ada, tambah pulak sekarang ni semua orang pandai pandai maybe sebab makan jus tok guru, kismis doa, vitasains semua tu pokok nya semua dah jadi pandai lah.  banyak persaingan nak masuk U, nak nak pulak sekarang persaingan nak masuk kos mantap macam perubatan, pegigian, farmasi benda alah tu memang ramai, tempat sedia berapa jer kan. korang pun taw kos kos camtu memang cina and india minat sangat la, nak bersaingan dengan dorang lagi.




So UITM pun datang menghulurkan tangan meringan kan beban, buka peluang untuk anak melayu amik kos perubatan, kejuruteraan semua tu, macam aku cakap ramai yang pandai pandai so ramai jugak la anak melayu yang kepala hotak bekapasiti tinggi yang makan ulam ulam nak jugak kos perubatan, dalam banyak2 tu cuma yang dapat yang betul2 result dorang memang tahap dragon ball super saiya level 5.


yang lebih lebih tu gi mana? nak aplly USM, UPM, UM kos perubatan memang kena bersaing  dengan amoi amoi cun dengan hero tamil la jawabnya, so uitm tau dorang layak tapi tempat je tak cukup. uitm pun bagi kos yang lebih kurang macam perubatan,contoh makmal perubatan, kaji tulang la kejadah suma tu. sebab tu bila kita isi pemohonan dia tanya SETUJU KE DITAWARKAN KOS LAIN? kita klik YA, memang suka hati mak bapak dia la nak letak kita kos apa kan. kalau kita nak, kita setuju dengan syarat tu, kalau tak nak uitm cakap boleh blah, ramai lagi nak masuk.. so aku rasa mak cik yang sama sama begebang dengan mak aku silap sikit la.. bukan semua boleh masuk, yang dapat tu memang layak dapat, tapi begantung kos apa yang dia dapat.




sekian k babai. 



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Thursday 7 February 2013

lelaki bermisai

www.tips-fb.com
orang usha



salam,  

petama sekali aku nak tanya yang perempuan, suka lelaki bermisai ke tak?boleh la aku nak rangkum kat cni ada sestengah girl suka lelaki bemisai walaupun misai dia dah tahap bulu ketiak aku.tapi takpe lain orang lain citarasa.ada yang suka lelaki misai kontot ala2 hitler, ada jugak yang suka lelaki misai sambung sekali dengan janggut, jambang. and ada jugak yang suka misai melentik macam sarjan GALAK citer gerak khas tu.


kalau sebut misai, mesti dalam kepala hotak dah set, lelaki bemisai ni mesti garang nak mampus.aku pun tak tau sejauh mana benda tu. tapi yang pasti ada keistimewaan dengan lelaki bemisai nie,siti nurhaliza pun dah kebas lelaki bemisai,nampak kan lelaki bemisai nie ada tarikan tersendiri.. 

lelaki bemisai ni lebih nampak matang?aku akui memang lelaki bermisai ni nampak tersangat la matang, dah akil balikh, tapi kalau ada jugak perangai lelaki bemisai yang tak matang ,lagi baik cukur misai tu rendam dalam air milo.buat minum. dah ada misai kena la kontrol macho.

  

sekarang aku rasa trend lelaki bermisai bepoya poya & memikat awek2 cun,bukti nya korang tengok la, time datuk K dengan cemerlang nya mengayat siti nurhaliza yang cun melecun tu,  time tu dah jadi macam fenomena plak lelaki bela misai kononnya nak mengorat awek macam siti nurhaliza.apa ingat dengan bermodal misai dapat takle awek, setakat misai kontot pun tak boleh, kena jugak ada ciri2 lain yang perempuan suka,abis lelaki pan asia tak bemisai cam aku nie tak leyh nak market la jawabnya.semua tok misai dah sapu.puiiiiiii




aku pernah tebaca,  ada orang kata lelaki bemisai ni terserlah lagi sifat kepmpinan ? aku pun blur dengan statment ni.betol ke?kalau takde misai takleyh jadi pemimpin?,memang statement yang shit.tapi nak buat camne dah orang cakap.aku terpaksa ikut bila dorang dah bagi contoh iaitu PM kita najib razak.ok2 betol la tu! memang bekepimpinan sangat.beliau kan bermisai.



sekian saja.babai


DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Wednesday 6 February 2013

benda yang patut kita kalerkan

www.tips-fb.com
orang usha


salam suma,hari nie aku membuta.ni ha sekarang baru bangun, sila jeles sebab aku dah cipta rekod membuta mengalahkan badak laut, maklum la tengah cuti panjang, membuta ja la yang best nya, tidor , makan, tengok TV pastu berak, tu je keja yang aku mampu buat dalam sebulan nie. ok dah cukup la tu jeles dengan aku. lepas ni sambung jeles,

apa yang aku nak story? benda yang patut kita kaler kan? tadi aku gosok gigi.aku gosok k, tengok gigi ni putih dan beseri kan, tengah aku picit ubat gigi, aku nampak la seketul.. apa yang seketul? bukan taik la.aku nampak seketul ubat gigi yang aku picit tu la, kaler putih, tak colourful langsung, membuat kepala otak aku bepikir, kalau ubat gigi ni kaler kuning, adakah gigi aku pun akan jadi kuning macam durian tu, best sikit, confirm aku akan beli ubat gigi yang warna emas, 5 tahun gosok, mesti gigi aku jadi emas, time tu boleh la gi pajak gadai, gadai gigi nie.. kalau aku jadi tokey ubat gigi aku nak reka satu ubat gigi, yang kalerful, lebih kurang macam aiskrim padlepop pelangi tu, kan banyak kaler nak makan pun menaik kan nafsu, ni putih ja, spoil betul, 


  • tisu jamban
ni satu lagi membuat kan kepala otak aku bepusing 270 darjah. aku pelik, apesal tak nak kaler tisu jamban tu kaler lain,,ni balik balik kaler putih. apa? kalau kaler lain tak boleh nak buat calit taik ka,hahahaha, ok aku bagi contoh, kalau hidung korang tu bernajis berat tahap melelehkan lava kuning hijau, pastu korang amik tisu, tenyeh kat, tisu putih tu mesti tukar kaler gak kan,yang putih suci murni dah jadi kaler hijau, nak nak pulak hingus yang keluar dah tahap sesema burung H1N1, kan dah tak lawa, putih bercampur dengan hijau kekuningan, aku rasa kalau tisu tu kaler pink, mesti menarik, kalau buang tepi jalan pun, takde la orang geli nak kutip masukkan dalam tong sampah.




  • orang putih
kenapa kita panggil mat salleh orang putih?sebab badan dia putih? aku rasa kita silap selama ni.. mana ada orang putih dalam dunia nie, cuba kita tangok betol betol, mat salleh takde yang putih, yang ada cuma kaler pink ala kulit  BA.haha, kalau yang hitam pun kita panggil orang putih memang aku nak sekeh ja kepala korang, sebab dah memang terang terang  dia hitam , panggil la orang hitam, 




  • kasut sekolah

selama kita sekolah, kasut memanjang putih, penat kot tiap2 minggu nak kapurkan kasut , ikutkan hati nak je aku kapurkan kasut aku tu guna kapur barus, penah kita jeles kat pengawas? sebab kasut dorang kaler hitam, memang what the fish,tak payah basuh,  nak pulak kalau pengawas tu india, dari atas sampai bawah hitam,, tapi hitam tu menawan,bak kata iklan TV. memang buat kan aku double jeles, dah la hitam pastu menawan pulak tu.apa aku yang pan asia kulit badan pink ni tak menawan? haha.kalau dah putih memang DAMN la kan bila member tepijak, nak2 pulak kalau main bola.dah melegam kaler kasut aku, kalau bukan disebabkan takut kasut hitam memang sekarang aku dah jadi mat yo dah.kekeke




  • kertas A4

ni lagi satu, kertas, memang memanjang ja nak putih, tak nak langsung kaler lain, kertas A4 ni memang popular kalau nak buat folio, penah korang guna kertas kajang buat folio?memang kena lempang tahap 10 dengan cikgu mat, cikgu sejarah korang, aku rasa kertas A4 ni lebih belagak kalau nak compare kan dengan kertas kajang atau kertas mahjung, kalau kertas kajang ada jugak garis garis line nak tulis tu, kalau korang tangan tak sepower aku better guna kertas kajang, kalau dah power macam aku dah boleh guna kertas A4, kertas kajang ada jugak unsur kuning kat kertas tu, nak2 kalau kertas kajang cap ayam, tapi macam aku cakap kertas A4 memang bajet hot, tau la kaler putih pun, nak tulis guna printer ja, memang jual mahal, puiiiii


  • bedak sejuk

kebanyakkan bedak memang kaler putih, aku rasa takde lagi bedak kaler hijau pucuk pisang, yang pasti bila tempek kat muka memang muka yang melegam boleh jadi putih melepak, heran pulak aku kenapa kilang tak nak letak pewarna sikit kat kaler bedak tu bagi menarik, apa kalau aku nak guna bedak kaler marroon ke takpun kaler  coklat tak boleh? kalau aku pakai muka aku akan bertukar kaler jadi incredible hulk ker





sekian sahaja entry hari ni, nak sambung tidur,babai



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Friday 25 January 2013

bila lelaki memasak!

www.tips-fb.com
orang usha


whatsapppp all.bila lelaki masak! apa yang jadi bila lelaki memasak?ampa jangan ingat laki tak pandai masak.pandai oo..kadang2 kalau masak megi, 2 minit dah siap..uishhh awat terer sangat tak taw.nak taw lagi?layan fakta bawah nie~ :)




1. benda yang paling lelaki pandai and terer masak, MEGI,, 2 minit dah siap!

2.walaupun masak benda simple, macam masak nasik goreng..lama punya..ni kategeri, special tambah telor ni.mak ai, punya la lama, kalau masak pukul 8mlm..kul 10 baru boleh makan.ni kes masakan 5 bintang nie, ;)

3.lelaki bila masak, bunyi mengalahkan ultraman lawan rasaksa.ketang ketung ketang bunyi..macam orang lawan pedang..punya la bising.bukan apa..nak tunjuk kat jiran sebelah, rajin la katakan.of cos la rajin! ;)

4.lepas masak, benda yang paling leceh basuh pinggan, memang lepas masak, periuk belanga tu tinggal camtu jek, seminggu lagi baru basuh. ala rilex la,, bukan nak hancur pun pinggan tu ;)



5. lelaki boleh masak dalam suasana dapur yang semak, pinggan betimbun dalam sinki pun ok je..takdehal la..bukan pinggan tu yang nak makan.kan2! ;)

6. lelaki memang malas nak potong potong bawang lah ape lah,potong pun kasi cincai.kalau bawang besar tu.besiang kulit konfirm dari bawang tu sebesar besar buah epal pun bila lelaki yang besiang, mak ai dah jadi sebesar buah duku!
7.bila laki masak.member laki lain akan telan je takde nak komen komen tak sedap lah ape la.nak sedap hang buat sendiri la oi! haha

8.lelaki masak memang tak pandai nak kontrol besar kecik api.hentam saja lah labu.tu pasal kalau lelaki masak cepat abis gas nya.




9. lelaki memasak memang jarang tinggal masak nya tu,contoh kalau goreng ikan, memang tunggu kat dapur sampai ikan goereng tu siap.maklum la kalau tinggal konfirm lupa dah, tetiba bau hangit.haa dah kena panggil bomba!

10. lelaki memang suka mereka or mencipta ni, ni ala ala alexender graham bell la nie.kalau memasak memang suma benda yang ada masuk sekali, letak macam2, kalau boleh buat belacan pun nak letak mayonis! baru ada ada umppphh!

11.laki masak bepeluh wei, kadang kadang masak peluh yang keluar boleh buat kuah, perisa tambahan.

12.lelaki masak mana pakai baju, kadang kadang bulu ketiak boleh terbang masuk.hahaha.eh bukan pakai singlet.kurang sikit ketiak nya tu. 



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Tuesday 15 January 2013

kenapa lelaki lagi ter awsome dari perempuan ?

www.tips-fb.com
orang usha


whassup all. kenapa lelaki lagi ter awsome dari perempuan? bukan aku cakap perempuan ni tak  awsome, orang korea kata DAEBAK, tapi lelaki nie sifat ter awsome lebih menyerlah , hahah.perempuan sila baca bawah nie, sila jangan jeles! :D

  • sasterawan negara, pemenang nobel,majoritnya LELAKI,korang memang tak boleh kalahkan kami sebab skill kami mengarang ayat nie memang sejak kecik, start dari sekolah rendah lagi kami dah start buat ayat, bina ayat dan susun ayat, kami mengarang surat cinta dan sms, ingat senang ke nak mengarang surat cinta ? ayat kena betul, tatabahasa kena cun, tu tak temasuk spelling lagi.korang awek penah ke mengayat balaks2? dari sekolah kami dah mula practise "mengayat"   .susah wooo ;p



  • kami lelaki, bila nak mengayat confirm kena buat bunyi mulut mungcung tu.kalau korang gi supermarket..lalu depan lelaki memang bunyi nie yang korang akan dengar,korang pandai buat? haha.takkan..tengok bakat seni tu dah mengalir dalam diri kami.engat senang ke nk buat bunyi tu,kalau tak pandai memang tak bebunyi, jadi buruk bunyi tu. susah ok susah!



  • sejak sekolah lagi kami dah belajar ciri muafakat and kepimpinan, bila nak gi tandas, kami tak gi sorang, budak2 lelaki konfirm  time nak gi tandas memang dah macam nak gi lawatan sambil belajar, bukan apa kami gi ramai sebab nak senangkan cikgu, kalau sorang sorang keluar , tak ke susah, lagipun pas keluar kelas ada 1 je..haaa kami share 1 pas keluar tandas dengan 10 orang, kongsi kan amalan mulia. susah sangat ke?! ;)



  • baju yang kami pakai 1 helai boleh pakai untuk 3 hari, tak payah basuh,,bukan apa jimat sabun, jimat eletrik, jimat air.kan sekarang kerajaan suruh bejimat, kami ikut seruan kerajaan okeyh! 




  • mat rempit lelaki, bakal valentino rossi malaysia okeyh...setakat bawak motor 2 tayar kejadah nya.kami boleh bawak 1 tayar je,siap boleh buat superman lagi, buat apa pakai 2 tayar membazir weh,baik cabut 1, simpan,.kalau pancit 1 tayar, tak payah susah cari baru, guna tayar spare tadi.bijak kan kami. ;)






  • kami pun pandai memasak ,,malah lagi pandai dari perempuan,,tengok chef wan, chef riz, chef ismail, banyak lelaki.sebab apa?bakat kami masak dah memang dari kecik,dah diterapkan, kami dah "menggoreng" gitar "dan mengacau" awek dari kecik lagi.bakat menggoreng dan mengacau tu dah ada..kira dari dulu lagi dah ada basic!


nampak kenapa lelaki lagi ter awsome dari perempuan?.hahhaha,haha.jangan marah aweks2 gurau2 je ;)




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...