Tuesday 31 January 2012

LELAKI MERAJUK tak gentleman ke??

www.tips-fb.com
orang usha

ASSALAMUALAIKUM suma. :) entry kali nie berbunyi macam kat atas tu,just nak bagi pandangan jew, bagi yang pernah alami korang compare la pandangan korang dengan pandangan aku, aku tak cakap aku betul cuma pengalaman mengajar kita matang untuk berfikir, kan3? ;) dulu my EX selalu cakap aku nie CHILDISH, TAK MATANG!  ish2 patut kew???

Memang PATUT pun! hehe ala biasa la budak-budak sekolah lagi,, cepat merajuk bila apa yang kita hajat tak dapat, mula la fight sikit, tapi takdew la sampai nak baling-baling tong gas, hehe, balik kepada apa aku nak cakap, lelaki merajuk nampak manja???CHILDISH??TAK gentleman?

wehhh! SAYA bantah sekeras keras nya statement atas tu YANG ARIFIN! hehe, waa dah macam MAHKAMAH pulak kan, aku rasa lelaki pun boleh merajuk, bagi aku la, KAMI lelaki pun manusia jugak, mesti la terasa kalau GIRLFRENZ buat benda yang tak sepatut nya. tapi cara merajuk tu yang membezakan antara lelaki MATANG dan KURANG MATANG. maksudnya?
kalau lelaki tak matang merajuk mula dia marah-marah melenting, kalau lelaki matang korang boleh perasan dengan perubahan dia, ala dia lebih banyak DIAM, kalau boleh biar si GIRL tetunggu SMS. biar dia rasa.haha



IM NOT TOO MATURED, tapi wanita please please please jangan salah anggap dengan BOYFRENZ korang yang kuat merajuk, ala dia just nak korang bagi perhatian lebih.that all, disebabkan benda kecil jangan TERKEJUT kalau lelaki merajuk, contoh nya :

  • balas mesej lambat
  • selalu BUSY BUSY padahal lelaki faham KE BUSY-an makwe dorang
  • merajuk bila tengok SI POWER PUFF GIRL dia sembang dengan lelaki lain padahal si MAMBANG tu kawan kepada dorang sendiri.
  • bila janji nak jumpa tapi si GIRL tak dapat penuhi
  • si GIRL terkasar bahasa COZ maybe time tu dia tengah ada problem or stress. 
  • keluar tak bagitawu


 
haaa atas tu la yang boleh buat lelaki merajuk. ada lagi sebab lain, tapi atas tu antaranya la, jangan pulak korang yang GIRLZ tu tension dengan perangai pakwe korang,tu biasa la,, lumrah dalam hubungan, merajuk, cemburu, bergaduh tu normal, kalau nak BAHAGIA sentiasa memang korang kena cari pasangan kat HOSPITAL TAMPOI, haha.opsss terlebey sudaa. jangan marah. ;)


kenapa yer bila GIRL merajuk,lelaki mesti CAKAP alololo manja nyew AWEK aku nie, kena PUJUK nie, KALAU ! lelaki merajuk ishhh mengada la dia nie biar dia pujuk diri dia sendiri.hahaha, tak semua macam tu kan?


korang patut SABAR layan karenah LELAKI YANG kuat merajuk nie dengan cara yang betul, kena explain dengan dia apa yang korang rasa, tanya apa yang dia terasa hati

LELAKI YANG MERAJUK MENUNJUKKAN DIA SERIUS dengan hubungan korang.kenapa?sebab kalau dia main-main dengan korang tak ada MASA la dia nak TOUCHING dengan sikap korang tu, dari aku merajuk baik aku pegi LAYAN awek no 2.hahaha


SWEET apa lelaki merajuk? tapi merajuk berpada la WEII, jangan sampai AWEK KORANG meluat then ZAPPP! dikebas sang MALAUN yang dah lama USHA awek korang. tu jew la dari aku, pendapat korang sila letak kat KOMEN k? BABAI



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Monday 30 January 2012

lawak kampus di blog aku

www.tips-fb.com
orang usha
whassup all, nie just pemberitahuan. korang boleh baca lawak kampus di sidebar blog aku,just lalukan cursor korang and walaa! dah boleh baca. kredit to pelukis komik KEITH dan GEMPAKSTARZ. :)



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Sunday 29 January 2012

alkisah EMO vs GOTHIC yang TIP TOP

www.tips-fb.com
orang usha

Whassup all, rajin kan aku update blog, hehe, untuk korang jugak, kali nie aku nak mention pasal gothic dan emo, aku rasa semua tahu kan pasal emo and gothic, aku suka style dia , fesyen dia agak menyeramkan tapi TIP TOP kan, tapi jangan pulak terOVER ikut emo dengan gothic nie, melayu punya style pun ok jugak, ketimuran sikit, tapi lain orang lain taste kan. so layan

emo

emo

EMO sebenarnya bemaksud emotional hardcore, ia sejenis PUNK ROCK MUZIK berasal dar washington sekitar petengahan 90an.

emo

GOTH pulak bermula lebih awal sekitar awal tahun 1980, ia adalah singkatan untuk GOTHIC ROCK. 

emo

first sekali jom usha persamaan antara gothic dan emo, kedua dua nya adalah satu bentuk muzik underground dan hardcore punk.  pengaruh muzik kedua dua nya adalah sama, asasnya PUNK.  


pengaruh muzik semasa tak menjejaskan emo tapi gothic menyimpang ke arah eletronica. kiranya ditambah pembaharuan la ke muzik gothic. 

gothic

band yang terkenal dikalangan pengikut GOTHIC  antaranya sister of mercy, Christian Death dan death can dance, bagi EMO pulak muzik dari my chemical romance, fall out boy dan scary kid jadi pilihan dorang.



personaliti kedua dua nya sama jew, kedua dua nya dikaitkan dengan kemurungan, darah-darah, cutting nie, kegelapan dan seangkatan dengannya. 
tapi korang tak boleh kategorikan kedua benda nie dalam 1 kategori coz kedua dua nie still berbeza.

gothic
fesyen gothic dan emo ni macam korang tengok warna HITAM adalah warna asas atau common colour. bagi aku fesyen emo lagi lawa dari gothic sebab fesyen gothic nampak lebih scary la.heheh.


TAPI! untuk GOTHIC hitam adalah keseluruhan hidup dorang, tak kira dari segi pemakaian, eksesori, alat makeup  dan semua tu lah. pengilat kuku , celak dan gincu pun mesti hitam.  


untuk EMO, hitam still warna dorang tapi dorang boleh lagi pakai baju selain hitam contohnya T shirt band, seluar jeans ketat, dan pakaian berlapis lapis.

gothic
 
last sekali cara pemikiran dan budaya dorang, bagi EMO dorang espresikan perasaan dorang melalui puisi contoh nya puisi  dari Allen ginsberg's yang bertajuk Howl. 


GOTHIC pulak dorang nie lebih kepada yang berkaitan dengan ilmu sihir, VAMPIRE, hidup dalam kegelapan dan pemikiran dorang menjurus kepada kematian, fiksyen dan fantasi dorang sendiri. 


ha tu la persamaan dan beza gothic dan emo ni, bila cakap pasal emo n gothic ni aku teringat dua filem yang betul-betul aku suka yang lebih kepada dua nie, saja jew nak share :) 

Daybreakers




solomon kane




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

TOP 5 pembunuh bersiri yang kejam

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all, entry kali nie agak menyeramkan sikit,jeng jeng jeng, just nak share dengan korang the most cruel people in the world, so layan ~


  • Thug Behram, INDIA.( membunuh lebih 900 orang)

Thug nie melakukan paling  banyak pembunuhan, dalam 50 tahun dia membunuh lebih 900 orang, modus operandi dia dengan mencekik menggunakan SAPU TANGAN,  dalam tahun 1840 dia ditangkap pada usia 75 tahun disabitkan kesalahan dan  dihukum gantung.


  • Gilles De Rais, FRANCE.( pembunuh kanak-kanak, membunuh 400 lebih)


berkhidmat sebagai komander dalam tentera, KERJAYA menbunuh dia nie start lepas dia bersara sebagai tentera, tahun 1434, kegilaan nya membunuh ni dapat dijelaskan dengan pengakuan nya sendiri, lebih kurang cmni ha, "apabila mangsa dia mati, dia akan cium dan  bagi yang kacak dia akan pegang dan mengagumi kekacakan mangsa, dia membunuh disebabkan dia suka melihat organ dalaman, bagi kanak-kanak, dia akan duduk di atas perut sampai budak tu mati"


  • Pedro lopez, Columbian( pembunuh wanita, membunuh sekitar 360)

dah macam nama pemain bola sepak dah kan. ada cerita sedih disebalik kisah mamat nie zaman kanak-kanak, mak dia sorang pelacur, dia mula membunuh sorang innocent girl pada usia 18 tahun tapi berjaya melarikan diri dengan bantuan mubaligh AMERIKA.  selepas tu la bermulanya KERJAYA dia sebagai pembunuh dan berjaya membunuh 360 gadis sekitar Columbia, ecuador dan peru. 


  • Harold Shipman, UK (sektar 215 - 457)

lebih dikenali sebagai DR DEATH, ditangkap pada tahun 1998, dia mengaku bersalah dengan sengaja membunuh 15 orang  pesakit nya pada tahun 2000, menggantung dirinya sendiri semasa di dalam penjara. 

  • Henry Lee Lucas, USA(213)


macam Pedro jugak, mak dia ni sorang pelacur, dan bapak dia pulak sorang yang pemabuk, dia selalu dipukul oleh mak dia tanpa sebab, dia membalas dendam dengan hampir membunuh ibunya, mati pada 15 september 1996. 



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

AWAN NANO yang TIP TOP

www.tips-fb.com
orang usha


Hello all, ok demam juara lagu dah habis tadi kan.juara? AWAN NANO by HAFIZ,untung la,, simple ja dia pakai just T-shirt dengan seluar tracksuit, tak banyak modal sewa baju, untung-untung. yang tak tahan nya lagu nie tak ramai yang jangka akan menang kan, termasuk aku, aku ingat tiga suara by jaclyn, shila and ning menang..tapi takpew la sapa menang pun. tak da effect kat aku pun.hehe









Nama sebenar hafiz nie Mohd Hafiz bin Mohd Suip, lahir pada 27 februari 1990 kira umur mamatnie 22 tahun la,tempat lahir KUCHING sarawak,  lahir dari rancangan realiti TV akademi fantasia musim tujuh dengan undian 46 peratus daripada 4.2 juta undi,waa tip top kan, album pertama bertajuk 'masih jelas' dilancarkan pada 14Julai 2009. lagu masih jelas pernah dicalonkan dalam AIM17. 
Si Hafiz ni pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada awal tahun 2011 time tu dia baru habis latihan. 









DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Thursday 26 January 2012

pemain bola yang pernah menjadi GOAL KEEPER yang TIP TOP

www.tips-fb.com
orang usha

whassup suma.sapa kata penyerang  tak pernah pakai sarung tangan keeper?haa just   nak share beberapa pemain bola yang pernah jadi keeper. jom layan~

  • Jan Koller

Pernah menjadi keeper sewaktu  menentang BAYERN MUNICH, keeper sebenar time tu kena kad merah separuh masa kedua,dari striker mamat nie terus jadi gol keeper.TIP TOP kan. dia berjaya melakukan clean sheet,  menghalang percubaan micheal ballack and dinobatkan sebagai keeper terbaik of the week.

  • Rio Ferdinand

Menjadi keeper minit ke76 menentang Portsmouth,goal keeper iaitu kuszczak dilayangkan kad merah, time tu manchester united kalah 1-0


  • John O'shea

 pernah menjadi goal keeper sewaktu menentang Tottenham mengganti Van Der Sar.

  • John Terry


menggantikan Carlo, chelsea bernasib baik time tu coz pihak lawan tak mampu dekat dengan gawang gol hingga tamat perlawanan.

  • Fransisco Javier Farinos

dalam perlawanan menentang valencia , farinos menggantikan Tildo yang dilayangkan kad merah, farinos berjaya menahan dua peluang dari pemain Valencia. 

DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

5 TANDA girlfrenz korang ada balak lain

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all.entry yang nie agak menakutkan la bagi lelaki.so yang lelaki kalau tanda-tanda nie ada kat girlfrenz korang,better korang cari lain la..

  • Bila cakap dalam fon dia lebih banyak diam, so hati hati OK, korang akan perasan perubahan bila korang beria ria citer sampai tekeluar kerongkong pun dia just jwb 'hmm' , sebelum nie alahai nak letak fon pun masing- masing tak sampai hati, dia akan cari jalan tak bergayut lama dengan korang. bila korang call dia asyik WAITING.

  • Susah sangat nak ajak jumpa, kalau korang rasa perubahan si dia korang cepat-cepat ajak dia keluar, time tu la banyak alasan dia, tak nak keluar sampai alasan yang tak logik pun ada. even korang dah rancang seminggu awal, then dia akan cancel last minit.Dulu pantang ajak keluar.

  • Asyik marah-marah, ni lagi satu, bila dia dah start marah-marah korang boleh dikatakan selalu, apalagi.korang cari la awek lain kecuali awek korang tu memang panas baran, sebelum ni sikap dia punya la penyayang  kalah mak korang tetiba suka melenting and bila korang merajuk jangan harap dia nak pujuk.

  •  Dalam FB?haaa ni pun boleh tengok jugak petanda, dia akan tukar status dari IN RELATIONSHIP dengan NAMA korang kepada IN RELATIONSHIP saja, lama-lama jangan tekejut bila korang bukak profile dia status SINGLE, time tu PASSWORD facebook yang korang shared akan beertukar, masa tu la korang akan menyusah kan MARK ZUCKERBERG  dengan membuka akaun FB tipu untuk SPY AWEK KORANG.


  •  Apa yang korang buat suma tak elok di mata dia even korang beli hadiah, dia akan cakap membazir and tak suka dengan hadiah korang tu, dia pun start mention nama BOY lain, and  bagi hint supaya korang sedar dalam hati dia dah tak ada korang, time tu korang mesti begaduh begaduh bergaduh sampai la korang putus.
  


DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Saturday 21 January 2012

Sejarah asal usul TAHUN BARU CINA yang TIP TOP

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all! entry terbaru nie aku just nak share sikit pasal tahun baru cina,yang chinese mungkin dah tahu,yang malay tu mesti nak tahu gak kan,



JAP! korang mesti tahu kan tahun baru cina kali nie tahun NAGA,ala naga?tahu?binatang panjang boleh hembus api tu.apa yang sebabkan tahun baru cina nie tejadi?, nak tahu.so layan~

sejarah tahun baru cina nie bermula beribu ribu tahun dulu disebabkan seekor makhluk ganas bernama 'NIAN' membuat huru hara kat TANAN BESAR CINA, dorang hidup dalam ketakutan time tu, so dorang pun cari la ikhtiar macamna nak halau makhluk tu,pikir punya pikir dorang pun dapat idea ,dorang lemparkan REBEN MERAH ke udara dan meletupkan mercun dan bunga api siang dan malam,tu pasal la tiap kali raya cina reben merah mesti ada. warna merah ni simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

perayaan nie bersamaan dengan permulaan musim bunga kat China , macam yang korang tahu,kalau tengok kalender bahagian atas sekali ada jenis-jenis haiwan, ha tu la jenis simbol haiwan bagi perayaan tahun baru cina,ada 12 jenis yang menjadi simbol tahunan kepada orang buddha.



lagenda cina meriwayatkan, Buddha menjemput semua binatang menghadap dia, tapi just 12 ja yang datang,so tanda penghargaan dia pun bagi la penghargaan kepada 12 ekor binatang tu sebagai zodiak mulia.

kat Malaysia dua hari pertama tahun baru cina hari cuti umum, hari ke-15 perayaan nie disebut CHAP GOH MEH, hari penutupan perayaan.


DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Thursday 19 January 2012

selebriti TANPA makeup TIP TOP

www.tips-fb.com
orang usha
whassup all.ha dah baca tajuk atas tu??orait entry nie khas untuk korang yang memang suka dengan artis nie.maksud?ala korang teringin nak jadi macam dorang kan?lepas tengok bawah ni think twice untuk jadi macam dorang k.be yourself.haha.layan~














DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...