Sunday 29 January 2012

alkisah EMO vs GOTHIC yang TIP TOP

www.tips-fb.com
orang usha

Whassup all, rajin kan aku update blog, hehe, untuk korang jugak, kali nie aku nak mention pasal gothic dan emo, aku rasa semua tahu kan pasal emo and gothic, aku suka style dia , fesyen dia agak menyeramkan tapi TIP TOP kan, tapi jangan pulak terOVER ikut emo dengan gothic nie, melayu punya style pun ok jugak, ketimuran sikit, tapi lain orang lain taste kan. so layan

emo

emo

EMO sebenarnya bemaksud emotional hardcore, ia sejenis PUNK ROCK MUZIK berasal dar washington sekitar petengahan 90an.

emo

GOTH pulak bermula lebih awal sekitar awal tahun 1980, ia adalah singkatan untuk GOTHIC ROCK. 

emo

first sekali jom usha persamaan antara gothic dan emo, kedua dua nya adalah satu bentuk muzik underground dan hardcore punk.  pengaruh muzik kedua dua nya adalah sama, asasnya PUNK.  


pengaruh muzik semasa tak menjejaskan emo tapi gothic menyimpang ke arah eletronica. kiranya ditambah pembaharuan la ke muzik gothic. 

gothic

band yang terkenal dikalangan pengikut GOTHIC  antaranya sister of mercy, Christian Death dan death can dance, bagi EMO pulak muzik dari my chemical romance, fall out boy dan scary kid jadi pilihan dorang.



personaliti kedua dua nya sama jew, kedua dua nya dikaitkan dengan kemurungan, darah-darah, cutting nie, kegelapan dan seangkatan dengannya. 
tapi korang tak boleh kategorikan kedua benda nie dalam 1 kategori coz kedua dua nie still berbeza.

gothic
fesyen gothic dan emo ni macam korang tengok warna HITAM adalah warna asas atau common colour. bagi aku fesyen emo lagi lawa dari gothic sebab fesyen gothic nampak lebih scary la.heheh.


TAPI! untuk GOTHIC hitam adalah keseluruhan hidup dorang, tak kira dari segi pemakaian, eksesori, alat makeup  dan semua tu lah. pengilat kuku , celak dan gincu pun mesti hitam.  


untuk EMO, hitam still warna dorang tapi dorang boleh lagi pakai baju selain hitam contohnya T shirt band, seluar jeans ketat, dan pakaian berlapis lapis.

gothic
 
last sekali cara pemikiran dan budaya dorang, bagi EMO dorang espresikan perasaan dorang melalui puisi contoh nya puisi  dari Allen ginsberg's yang bertajuk Howl. 


GOTHIC pulak dorang nie lebih kepada yang berkaitan dengan ilmu sihir, VAMPIRE, hidup dalam kegelapan dan pemikiran dorang menjurus kepada kematian, fiksyen dan fantasi dorang sendiri. 


ha tu la persamaan dan beza gothic dan emo ni, bila cakap pasal emo n gothic ni aku teringat dua filem yang betul-betul aku suka yang lebih kepada dua nie, saja jew nak share :) 

Daybreakers




solomon kane




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

2 comments:

Cer komen sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...