Sunday, 10 February 2013

uitm tu sesape pun boleh masuk??

www.tips-fb.com
orang usha

salam,

firstly aku nak cakap what the hell you thinking about!  alkisah bemula bila mak aku balik begebang dari rumah member dia. balik je dari begebang mak aku pun me REWIND kan apa yang dorang gebangkan . biasa la tu masing masing bertukar tukar citer hot.anak bedah mengandung tak kawin, anak pak mat curi moto,anak pak kassim ,sembunyi dalam jamban lepas mencuri. tu aku malas nak dengar.,tapi  antara citer hot yang membuatkan aku hot telinga bila dengar, UITM ni universiti paling low antara sumer U and semua orang boleh masuk, sekali lagi WHAT THE FISH mak cik and all the pak cik thinking about?? 




aku pun tak tau dari mana pak cik and all the mak cik dengar fakta ni, maybe dari anak dorang yang dorang bangga bangga kan masuk UPM, UM, USM, limkokwing kejadah semua tu,masuk la apa korang nak masuk,  tapi yang nak dijadikan kisah why korang cakap UITM ada lah yang terlow antara U, sebab korang nampak kuantiti UITM nie banyak? bersepah kat mana mana pun kat Malaysia nie? ok sedikit sebanyak aku akui walaupun berat mulut aku macam dah ada sekilo baja taik ayam yang melekat kat bibir aku untuk mengaku yang UITM nie untuk tolong bumiputera yang tak mampu dan low yang still ada niat sebesar taik hidung untuk menuntut ilmu.  


 tapi kalau korang rasa UITM nie pakai ambik je student , untuk melambak kan student kat kampus cawangan,pastu bayar yuran, then semester depan kena tendang.rasanya silap kot.macam sekarang la lambakan MAT BANGLA, INDON, MAT NEPAL kat malaysia siap dapat free free kerakyatan, gambar ic dorang siap tersengih lagi. memang shit la kalau senang senang camtu.




uitm ambik student bedasarkan kelayakan, and kelayakan tu pulak bedasarkan apa yang dorang patut belajar,  contoh nya, Samad lulus SPM dapat cangkul, kalau kos yang dia apply kat uitm memang cukup dengan kelayakkan,, why not Samad diberi peluang untuk sambung belajar kan. dapat cangkul takkan dia cuma layak tanam tebu kat belakang rumah. lagi pulak kos yang samad mintak tu tak banyak persaingan so apa sebabnya samad tak boleh dapat.

kalau korang perasan syarat syarat kemasukkan memang la tulis SPM lulus BM, lulus BI, kredit je, tapi belambak rasanya yang lulus and lebih baik dari tu pun ada, tambah pulak sekarang ni semua orang pandai pandai maybe sebab makan jus tok guru, kismis doa, vitasains semua tu pokok nya semua dah jadi pandai lah.  banyak persaingan nak masuk U, nak nak pulak sekarang persaingan nak masuk kos mantap macam perubatan, pegigian, farmasi benda alah tu memang ramai, tempat sedia berapa jer kan. korang pun taw kos kos camtu memang cina and india minat sangat la, nak bersaingan dengan dorang lagi.




So UITM pun datang menghulurkan tangan meringan kan beban, buka peluang untuk anak melayu amik kos perubatan, kejuruteraan semua tu, macam aku cakap ramai yang pandai pandai so ramai jugak la anak melayu yang kepala hotak bekapasiti tinggi yang makan ulam ulam nak jugak kos perubatan, dalam banyak2 tu cuma yang dapat yang betul2 result dorang memang tahap dragon ball super saiya level 5.


yang lebih lebih tu gi mana? nak aplly USM, UPM, UM kos perubatan memang kena bersaing  dengan amoi amoi cun dengan hero tamil la jawabnya, so uitm tau dorang layak tapi tempat je tak cukup. uitm pun bagi kos yang lebih kurang macam perubatan,contoh makmal perubatan, kaji tulang la kejadah suma tu. sebab tu bila kita isi pemohonan dia tanya SETUJU KE DITAWARKAN KOS LAIN? kita klik YA, memang suka hati mak bapak dia la nak letak kita kos apa kan. kalau kita nak, kita setuju dengan syarat tu, kalau tak nak uitm cakap boleh blah, ramai lagi nak masuk.. so aku rasa mak cik yang sama sama begebang dengan mak aku silap sikit la.. bukan semua boleh masuk, yang dapat tu memang layak dapat, tapi begantung kos apa yang dia dapat.




sekian k babai. 



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

6 comments:

  1. Jahatnye diorang. Diorang tak tau ke UiTM ni alumni dia besar ada kat mana2. Bos2 otai kat company besar ramai kot dari UiTM. Paling best UiTM punya student setaraf international ok. Tahun 2010 rasanya ada sorang budak UiTM dapat highest score dalam dunia untuk CAT paper (professional paper untuk account). Paper ni memang byk Cina kejar. Kalau takde UiTM ni tak merasa la Melayu.

    ReplyDelete
  2. Uitm ni ada dip sains haiwan ke?

    ReplyDelete
  3. Thanks kepada blogger ni kerana cuba menjelaskan kedudukan uitm kepada orang ramai. Sedikit sebanyak melegakan hati saya sebab saya dapat offer dentistry uitm. sesetengah pihak memandang sebelah mata je dan anggap medic, farmasi dan dental di RU sahaja yg benar2 bagus.

    ReplyDelete
  4. HIDUP UITM HIDUP MAHASISWA

    ReplyDelete
  5. Hello boleh tak we feature article ni in our website www.madeinuitm.com . Thank you!

    ReplyDelete

Cer komen sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...