salam suma,hari nie aku membuta.ni ha sekarang baru bangun, sila jeles sebab aku dah cipta rekod membuta mengalahkan badak laut, maklum la tengah cuti panjang, membuta ja la yang best nya, tidor , makan, tengok TV pastu berak, tu je keja yang aku mampu buat dalam sebulan nie. ok dah cukup la tu jeles dengan aku. lepas ni sambung jeles,
apa yang aku nak story? benda yang patut kita kaler kan? tadi aku gosok gigi.aku gosok k, tengok gigi ni putih dan beseri kan, tengah aku picit ubat gigi, aku nampak la seketul.. apa yang seketul? bukan taik la.aku nampak seketul ubat gigi yang aku picit tu la, kaler putih, tak colourful langsung, membuat kepala otak aku bepikir, kalau ubat gigi ni kaler kuning, adakah gigi aku pun akan jadi kuning macam durian tu, best sikit, confirm aku akan beli ubat gigi yang warna emas, 5 tahun gosok, mesti gigi aku jadi emas, time tu boleh la gi pajak gadai, gadai gigi nie.. kalau aku jadi tokey ubat gigi aku nak reka satu ubat gigi, yang kalerful, lebih kurang macam aiskrim padlepop pelangi tu, kan banyak kaler nak makan pun menaik kan nafsu, ni putih ja, spoil betul,
- tisu jamban
ni satu lagi membuat kan kepala otak aku bepusing 270 darjah. aku pelik, apesal tak nak kaler tisu jamban tu kaler lain,,ni balik balik kaler putih. apa? kalau kaler lain tak boleh nak buat calit taik ka,hahahaha, ok aku bagi contoh, kalau hidung korang tu bernajis berat tahap melelehkan lava kuning hijau, pastu korang amik tisu, tenyeh kat, tisu putih tu mesti tukar kaler gak kan,yang putih suci murni dah jadi kaler hijau, nak nak pulak hingus yang keluar dah tahap sesema burung H1N1, kan dah tak lawa, putih bercampur dengan hijau kekuningan, aku rasa kalau tisu tu kaler pink, mesti menarik, kalau buang tepi jalan pun, takde la orang geli nak kutip masukkan dalam tong sampah.
- orang putih
kenapa kita panggil mat salleh orang putih?sebab badan dia putih? aku rasa kita silap selama ni.. mana ada orang putih dalam dunia nie, cuba kita tangok betol betol, mat salleh takde yang putih, yang ada cuma kaler pink ala kulit BA.haha, kalau yang hitam pun kita panggil orang putih memang aku nak sekeh ja kepala korang, sebab dah memang terang terang dia hitam , panggil la orang hitam,
- kasut sekolah
selama kita sekolah, kasut memanjang putih, penat kot tiap2 minggu nak kapurkan kasut , ikutkan hati nak je aku kapurkan kasut aku tu guna kapur barus, penah kita jeles kat pengawas? sebab kasut dorang kaler hitam, memang what the fish,tak payah basuh, nak pulak kalau pengawas tu india, dari atas sampai bawah hitam,, tapi hitam tu menawan,bak kata iklan TV. memang buat kan aku double jeles, dah la hitam pastu menawan pulak tu.apa aku yang pan asia kulit badan pink ni tak menawan? haha.kalau dah putih memang DAMN la kan bila member tepijak, nak2 pulak kalau main bola.dah melegam kaler kasut aku, kalau bukan disebabkan takut kasut hitam memang sekarang aku dah jadi mat yo dah.kekeke
- kertas A4
ni lagi satu, kertas, memang memanjang ja nak putih, tak nak langsung kaler lain, kertas A4 ni memang popular kalau nak buat folio, penah korang guna kertas kajang buat folio?memang kena lempang tahap 10 dengan cikgu mat, cikgu sejarah korang, aku rasa kertas A4 ni lebih belagak kalau nak compare kan dengan kertas kajang atau kertas mahjung, kalau kertas kajang ada jugak garis garis line nak tulis tu, kalau korang tangan tak sepower aku better guna kertas kajang, kalau dah power macam aku dah boleh guna kertas A4, kertas kajang ada jugak unsur kuning kat kertas tu, nak2 kalau kertas kajang cap ayam, tapi macam aku cakap kertas A4 memang bajet hot, tau la kaler putih pun, nak tulis guna printer ja, memang jual mahal, puiiiii
- bedak sejuk
kebanyakkan bedak memang kaler putih, aku rasa takde lagi bedak kaler hijau pucuk pisang, yang pasti bila tempek kat muka memang muka yang melegam boleh jadi putih melepak, heran pulak aku kenapa kilang tak nak letak pewarna sikit kat kaler bedak tu bagi menarik, apa kalau aku nak guna bedak kaler marroon ke takpun kaler coklat tak boleh? kalau aku pakai muka aku akan bertukar kaler jadi incredible hulk ker
sekian sahaja entry hari ni, nak sambung tidur,babai
lawak2!
ReplyDelete