Monday, 2 April 2012

YOUTUBE?banyak kelebihan nye ;)

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all, artis youtube? biasa kita dengar artis lahir dari program realiti TV macam mentor, one in a million, malaysian idol, something like that la, BUT sekarang fenomena baru kan artis lahir dari laman YOUTUBE tak kira local ataupun luar negara, YOUTUBE jadi tempat artis berkarya, dari YOUTUBE lahir la nama nama gah macam NAJWA LATIF, ANA RAFALI, ZEE avi, YUNA, AINAN TASNEEM and sekarang TASHA  MANSHAHAR, ala kalau taip kat YOUTUBE lagu BE MINE, ha tu la dia, 




Terbukti  kan youtube memang banyak bantu orang yang berbakat besar mengetengahkan bakat dorang tu, dari orang tak kenal menjadi famous, ala JUSTIN BIEBER datang dari youtube pun boleh terkenal gilersss. bukan takat berbakat nyanyi jew, yang pandai miming pun famous, sape lagi kalau bukan CIKGU SHIDA, kalau tengok video dia kat YOUTUBE mengalahkan orang yang menyanyi.




Haa sorang lagi yang aku rasa boleh dikatakan famous la kan ..sape??MAT LUTHFI, kenal?tak kenal?penah bukak youtube tak ni??? ala mat luthfi, yang cakap loghat utara tu, banyak video dia kat youtube. korang search je MAT LUTHFI, nanti keluar la tu, 





korang pun tahu kan,YOUTUBE tu benda alah apa, meh sini kita share apa tu youtube, youtube nie satu website yang membolehkan kita upload and shared video dengan PERCUMA. janji korang daftar akaun YOUTUBE dah boleh upload. and public bebas untuk tengok video tu tanpa perlu daftar. youtube ni di perkenalkan tahun 2005 oleh 3orang mamat



  • Chad Hurley
  • Steve Chen
  • Jawed Karim


idea tercetus nya YOUTUBE nie bila si CHAD HURLEY dan STEVE CHEN  mengalami masalah nak share video kepada JAWED karim, video parti dinner kat rumah CHEN,  sebab JAWED KARIM tak join parti tu.  lepas party tu dorang berbincang sesama dorang and time tu la si CHEN bagi idea cipta youtube and benda tu boleh dikomersial kan. 

kat youtube korang boleh tengok full movie yang diupload, memang sedap bila download video youtube memang laju giler. and youtube pun jadi medium untuk orang business nie mengiklankan perniagaan. 

and 1 fakta menarik yang perlu korang tahu, sejak tahun 2008, YOUTUBE akan membuat prank 1 april setiap tahun. kiranya APRIL FOOL la. 

1 APRIL 2008- kalau korang tekan main video kat youtube 1 april tahun tu, semua link video akan di directkan ke video RICK ASTLEY  lagu nya "never gonna give you up"  

1 APRIL 2009- bila tekan video kat main page seluruh page akan bertukar menjadi terbalik, and pihak youtube cakap tu layout bari dorang, tapi bila bukak esok nya page jadi normal

1 APRIL 2010- youtbe keluarkan mode berbentuk TEXT and dorang terjemahkan video tu mengikut huruf besar yang dipilih secara rawak.  pihak youtube explain tindakan dorang tu untuk mengurangkan kos jalur lebar sebanyak 1$ per second.

1 APRIL 2012- bila klik imej DVD sebelah logo korang akan didirect ke video " koleksi youtube" ,korang boleh order video dan benda alah tu dihantar ke rumah. dalam bentuk DVD, and lepas tu dorang cakap dorang mengalami masalah la apa la something like that la.



Pandai BERGURAU PULAKKK...  :) 

kalau korang nak tahu.
  • Youtbe di block di CHINA
  • Morroco menghentikan acces youtube tahun 2008
  • tahun 2006-2007, Thailand mengharamkan youtube disebabkan video yang menyinggung sensetiviti raja THAI 
  • Turki sekat youtube antara tahun 2008 dan 2010 disebabkan 1 video yang disifatkan menghina  
  • Tahun 2006, Iran menyekat YOUTUBE kerana youtube didakwa banyak bawak pengaruh buruk, mula disekat bila kontreversi video sex seorang bintang iklan sabun.

So korang rasa yoube nie OK kew?bagi aku youtube nie ok je asalkan pengguna tahu fikir mana yang patut di tengok mana 1 tak, and video yang di upload tu jangan la sampai bawak kepada pengaruh negatif kan.TANPA YOUTUBE takda nyew NAJWA LATIF kan3.hidup youtube!!heeee




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

2 comments:

  1. nak popular masuklah youtube, hehe

    ReplyDelete
  2. Tak perlu pergi audition sana sini , guna je youtube untuk popular -_-

    ReplyDelete

Cer komen sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...