Friday, 25 January 2013

bila lelaki memasak!

www.tips-fb.com
orang usha


whatsapppp all.bila lelaki masak! apa yang jadi bila lelaki memasak?ampa jangan ingat laki tak pandai masak.pandai oo..kadang2 kalau masak megi, 2 minit dah siap..uishhh awat terer sangat tak taw.nak taw lagi?layan fakta bawah nie~ :)




1. benda yang paling lelaki pandai and terer masak, MEGI,, 2 minit dah siap!

2.walaupun masak benda simple, macam masak nasik goreng..lama punya..ni kategeri, special tambah telor ni.mak ai, punya la lama, kalau masak pukul 8mlm..kul 10 baru boleh makan.ni kes masakan 5 bintang nie, ;)

3.lelaki bila masak, bunyi mengalahkan ultraman lawan rasaksa.ketang ketung ketang bunyi..macam orang lawan pedang..punya la bising.bukan apa..nak tunjuk kat jiran sebelah, rajin la katakan.of cos la rajin! ;)

4.lepas masak, benda yang paling leceh basuh pinggan, memang lepas masak, periuk belanga tu tinggal camtu jek, seminggu lagi baru basuh. ala rilex la,, bukan nak hancur pun pinggan tu ;)



5. lelaki boleh masak dalam suasana dapur yang semak, pinggan betimbun dalam sinki pun ok je..takdehal la..bukan pinggan tu yang nak makan.kan2! ;)

6. lelaki memang malas nak potong potong bawang lah ape lah,potong pun kasi cincai.kalau bawang besar tu.besiang kulit konfirm dari bawang tu sebesar besar buah epal pun bila lelaki yang besiang, mak ai dah jadi sebesar buah duku!
7.bila laki masak.member laki lain akan telan je takde nak komen komen tak sedap lah ape la.nak sedap hang buat sendiri la oi! haha

8.lelaki masak memang tak pandai nak kontrol besar kecik api.hentam saja lah labu.tu pasal kalau lelaki masak cepat abis gas nya.




9. lelaki memasak memang jarang tinggal masak nya tu,contoh kalau goreng ikan, memang tunggu kat dapur sampai ikan goereng tu siap.maklum la kalau tinggal konfirm lupa dah, tetiba bau hangit.haa dah kena panggil bomba!

10. lelaki memang suka mereka or mencipta ni, ni ala ala alexender graham bell la nie.kalau memasak memang suma benda yang ada masuk sekali, letak macam2, kalau boleh buat belacan pun nak letak mayonis! baru ada ada umppphh!

11.laki masak bepeluh wei, kadang kadang masak peluh yang keluar boleh buat kuah, perisa tambahan.

12.lelaki masak mana pakai baju, kadang kadang bulu ketiak boleh terbang masuk.hahaha.eh bukan pakai singlet.kurang sikit ketiak nya tu. 



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Tuesday, 15 January 2013

kenapa lelaki lagi ter awsome dari perempuan ?

www.tips-fb.com
orang usha


whassup all. kenapa lelaki lagi ter awsome dari perempuan? bukan aku cakap perempuan ni tak  awsome, orang korea kata DAEBAK, tapi lelaki nie sifat ter awsome lebih menyerlah , hahah.perempuan sila baca bawah nie, sila jangan jeles! :D

  • sasterawan negara, pemenang nobel,majoritnya LELAKI,korang memang tak boleh kalahkan kami sebab skill kami mengarang ayat nie memang sejak kecik, start dari sekolah rendah lagi kami dah start buat ayat, bina ayat dan susun ayat, kami mengarang surat cinta dan sms, ingat senang ke nak mengarang surat cinta ? ayat kena betul, tatabahasa kena cun, tu tak temasuk spelling lagi.korang awek penah ke mengayat balaks2? dari sekolah kami dah mula practise "mengayat"   .susah wooo ;p



  • kami lelaki, bila nak mengayat confirm kena buat bunyi mulut mungcung tu.kalau korang gi supermarket..lalu depan lelaki memang bunyi nie yang korang akan dengar,korang pandai buat? haha.takkan..tengok bakat seni tu dah mengalir dalam diri kami.engat senang ke nk buat bunyi tu,kalau tak pandai memang tak bebunyi, jadi buruk bunyi tu. susah ok susah!



  • sejak sekolah lagi kami dah belajar ciri muafakat and kepimpinan, bila nak gi tandas, kami tak gi sorang, budak2 lelaki konfirm  time nak gi tandas memang dah macam nak gi lawatan sambil belajar, bukan apa kami gi ramai sebab nak senangkan cikgu, kalau sorang sorang keluar , tak ke susah, lagipun pas keluar kelas ada 1 je..haaa kami share 1 pas keluar tandas dengan 10 orang, kongsi kan amalan mulia. susah sangat ke?! ;)



  • baju yang kami pakai 1 helai boleh pakai untuk 3 hari, tak payah basuh,,bukan apa jimat sabun, jimat eletrik, jimat air.kan sekarang kerajaan suruh bejimat, kami ikut seruan kerajaan okeyh! 




  • mat rempit lelaki, bakal valentino rossi malaysia okeyh...setakat bawak motor 2 tayar kejadah nya.kami boleh bawak 1 tayar je,siap boleh buat superman lagi, buat apa pakai 2 tayar membazir weh,baik cabut 1, simpan,.kalau pancit 1 tayar, tak payah susah cari baru, guna tayar spare tadi.bijak kan kami. ;)






  • kami pun pandai memasak ,,malah lagi pandai dari perempuan,,tengok chef wan, chef riz, chef ismail, banyak lelaki.sebab apa?bakat kami masak dah memang dari kecik,dah diterapkan, kami dah "menggoreng" gitar "dan mengacau" awek dari kecik lagi.bakat menggoreng dan mengacau tu dah ada..kira dari dulu lagi dah ada basic!


nampak kenapa lelaki lagi ter awsome dari perempuan?.hahhaha,haha.jangan marah aweks2 gurau2 je ;)




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Friday, 11 January 2013

Raihan rangerz aka power rangers malaysia

www.tips-fb.com
orang usha


whassup all.ok korang minat citer power rangerz?apa ok2 adik korang minat then korang pun join sekaki tengok?kalau adik korang minat mesti korang kena tahu yang malaysia pun ada power rangerz..! kalau tak caya tengok bawah nie.hahhaha.







ha dah caya sekarang?ingat malaysia takde power rangerz?oppsss raihan rangerz ..yang aku tak boleh blah .nama penjahat dia MAK CIK KUIH,.hahha.tapi takpe god job malaysia. :)






DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

fakta disebalik drama sinetron(sinetron oh sinetron)

www.tips-fb.com
orang usha


whatsaaap all, emang nya gue pikirin?eh awat pulak dah aku pi speking indon nie?adakah aku sudah tukaq kerakyatan aku jadi warganegara republik indonesia.oohhhhh tidak! aku malaysia tegar.ahaha..ni semua pasal tajuk atas nie.sinetron oh sinetron.apa kejadah nya aku buat tajuk nie..???



nie suma pasal siang malam pagi petang aku bukak tv mesti citer indon.SINETRON puteri yang tetukar..aliya.. bayu cinta luna.. cinta fitri..anugerah..kadang2 sampai malas aku nak buka tv ..bukan aku anti citer indon tapi cita indon panjang sangat..pulak tu beratus ratus episod! ! ! aku ingat lagi masa citer bawang putih bawang merah..punya la lama..




kalau korang perasan cita indon mesti kena ada HOSPITAL,BALAI POLIS,HILANG INGATAN,KENA CULIK pastu selalu nya perempuan (heroin) dalam cita tu mesti lembik dan lemah,and haro dalam cita tu pulak mesti macam blur sikit,orang jahat bagitau apa pun mesti  dia pecaya,orang buat jahat kat dia, tak melawan! aku cukup sakit hati cita macam tu,  


kadang kadang aku rasa cita indon yang beratus ratus episod ni agak merepek.ahahha sorry kepada pencinta drama sinetron.bukan apa, beratus episod, dalam beratus episod tu konflik and orang jahat dia boleh pecah kan 1 drama sinetron tu jadi 20 cita melayu.faham maksud aku??maksud nya lepas 1 masalah , 1 masalah datang, settle masalah nie datang pulak masalah lain..




antara adegan/fakta yang cukup popular drama sinetron nie :



  • hero akan penampar heroin dia bila dia tahu awek dia tu curang, tu pun lepas perempuan jahat(suka kat hero) tu fitnah , dengan tak usul periksa terus caya, pastu start la upah penyiasat..adoi...


  • adegan menangis boleh dikatakan setiap episod ada..

  • aku cukup meyampah bila saspen sikit terus ada muzik kuat, muzik saspen la konon..suma cita indon camtu,,pastu muzik ditambah pulak dengan slow motion nya!arghhhh

  • orang jahat dalam drama sinetron mesti niat dia 1! nak balas dendam!tak kira cinta dia ditolak ke apa..haisshhh

  • episod kalau tak 300 episod memang tak sah, dah tu konflik memang selalu merepek and meleret.

  • kalau drama tu pasal budak sekolah mesti sorang lelaki kaya yang  jadi rebutan ramai awek akan minat kat sorang awek miskin yang belaja kat sekolah tu jugak.yang pelik boleh pulak awek miskin tu sekolah orang kaya.

  • orang kaya selalu jadi jahat dalam drama sinetron..ada je benda dia tak puas hati kat orang miskin..sampai upah orang culik la hape la.

  • orang baik biasa nya hidup merempat dan miskin.senang dibohong.

  • orang jahat drama indon selalu menang, tak kira bila kes mahkamah ke apa.

  • orang baik dalam dram sinetron mesti otak and tindakan dia lembab.kalau orang jahat mesti idea nak buat jahat tu berjaya dengan cemerlang nya.

  • bila orang baik tahu sesuatu rahsia si penjahat sinetron,,then dia nak call bagitau orang lain mesti musibah datang kat dia termasuk eksiden, hilang ingatan atau diculik!!!!

  • tengah awek tu nak dirogol,ke apa mesti hero atau lelaki tak dikenali datang selamatkan.then lelaki tu pun jatuh hati kat awek tu..

  • bila heroin bersembunyi mesti orang jahat akan jumpa jugak..dah tu kebetulan jumpa pulak tu

  • hero mesti dari keluarga kaya and heroin dari keluarga miskin pastu cinta dorang dihalang ibubapa si kaya

  • orang baik mesti mengalah orang tempeleng muka dia pun dia tak melawan

  • orang miskin jatuh cinta dengan orang miskin mesti takde yang ada orang miskin cinta dengan orang kaya

  • umur heroin (awek tu) dengan mak dia mesti tak jauh beza,kadang2 muka mak dia nampak muda macam kakak pulak.

  • macam aku kata..background muzik memang nak dramatik abes dengan slow motion nya pulak.

  • kalau hero mati dalam eksiden, mayat tak jumpa..tengok2 ada kat perkampungan..awek cun jaga,,hilang ingatan rupanya.bila orang dah lupa dia..dia pun datang balik, "sayang aku enggak mati.aku cuma hilang ingatan!"aduh ampun!!!

  • budak budak dalam cita sinetron pun dah pandai nak culik or cederakan orang lain

  • bila marah muka pelakon tu mesti dizoom besar2.hahah.mata tebeliak!

  • bila orang tu hilang akan datang kembar atau ,muka seiras dengan si hilang tu

  • adegan slow motion selalu diulang ulang

  • walau miskin camne pun si jahat, boleh pulak dia main upah upah orang siasat si baik, cari tempat si baik tu sembunyi

  • orang jahat atau samseng konfim muka memang pecah rumah gila.

  • tak logik..bila dalam penjara pun makeup si hero atau heroin tak hilang

  • lelaki dalam cita sinetron bibir semua merah macam pakai gincu

  • nak kejar orang mesti tak dapat padahal orang yang dia nak kejar tu jalan kaki slow je pun..nie kalau adegan hero hilang, heroin ternampak ..dia kejar..tup tup hilang.

  • bila orang jahat insaf ,jangan pelik bila orang yang insaf tu akan berubah jadi jahat balik

  • bila diculik.kena ikat ketat kat kerusi mesti dapat jugak bukak ikatan tu,,kenapa la penculik tu tak masuk pengakap.belajar cara ikatan yang betul

  • rancangan orang jahat lebih berhasil  and menjadi.

  • hero selalu nya akan pakai kemeja.

  • mesti ada adegan monolog atau cakap dengan diri sendiri..macam la orang tak tahu perasaan dia masa tu

  • kalau lari dari rumah mesti tak bawak beg baju apa pun.




so drama melayu jugak yang terbaik..heheheh.tapi sekarang ramai orang tengok korea.pun ok jugak asalkan tak meleret citer.kalau dibandingkan orang jahat cite sinetron and korea..penjahat citer sinetron muka and rancangan dia memang sejahat jahat alam..tapi penjahat korea just biasa biasa, tak extreme sangat jahat. 
penjahat melayu pulak ikut pelakon kalau pelakon tu pandai buat mimik muka jahat.nampak la sikit jahatnya tu.tapi kalau kita tengok citer indon memang kita benci mimik muka penjahat.kan2.hahah.jangan marah peminat drama sinetron. :) peace!










DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Tuesday, 8 January 2013

rahsia kekalkan hubungan.

www.tips-fb.com
orang usha


whassap all.hari ni memang aku nak marathon,, maraton tulis entry blog.ha baca tajuk entry yang begerak atas nie.rahsia kekal kan hubungan..apa rahsia nya? dah nama pun rahsia..takkan aku nak bagitau,kalau aku bagitau dah tak jadi rahsia la.haha.mesti korang dah cakap what the fish kat aku.ok aku gtaw la rahsianya..dari kajian mat salleh kunci hubungan kekal sampai ke tua adalah sense of humour.. mat melayu cakap ada sifat kelakar dalam diri pasangan tu.

buktinya ?meh aku bagi bukti..rahsia pasangan paling lama kat alam semester ni adalah  si pasangan ada sifat sense of humour.perkahwinan antara pasangan bernama KARAM 108 tahun dan si isteri KATARI 101 tahun dah masuk 88 tahun! fuh lama tu.pak cik and mak cik ni dikurnia kan 8 orang anak dan 28 cucu.





KATARI mengakui sifat jenaka atau sense of humour yang ada pada KARAM ni lah kunci kebahagian dorang.KARAM akan berusaha untuk membuat si isteri sentiasa ketawa tak kira time bila pun.so dorang takde sebab la nak gaduh sampai baling pinggan tong gas apa semua tu.sifat kelakar tu jugak yang buatkan KARAM jadi lebih romentik.







so apa lagi?buat la pasangan korang tu ketawa dengan lawak and sifat kelakar korang tu.. jangan kelakar yang dibuat buat ..nampak sangat plastik kan. :)



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

kalori binti joging

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all..lepas makan apa yang patut korang buat untuk hilangkan or seimbangkan lemak kolestrol yang korang makan  tadi? lepas makan mesti la korang kena senaman nak bakar balik lemak yang ada dalam makanan, ayam goreng, burger..semua tu belemak, antara yang korang boleh buat ialah joging..tapi nak joging macamana and berapa jauh perlu joging? .kat bawah nie jawapan soalan korang. 




so kira la ye..2 keping roti canai korang kena joging 9.6 kilometer untuk bakar kalori tu.perghhhh kalau aku berapa ratus kilo aku kena lari nie.hahah




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

SMS oh SMS

www.tips-fb.com
orang usha


whassup all.tajuk entry kali nie SMS. SMS?tau SMS tu apa?apa?Saya Malas Study?bukan..bukan yang tu ..ni yang korang hantar text guna phone tu.waa dah canggih manggih dah sekarang kan..dulu public phone je la tempat begayut..kadang kadang datang public phone bawak kerusi plastik tu..sekarang public phone pun dah tak pandang.haishhh..(kata kat orang aku pun 2x5) hahaha.

bila phone korang bunyi Tiittttt tiitttt dah macam lipas kudung korang lari cari phone tu.maknanya?SMS masuk la tu dengan harapan AWEK or PAKWE korang SMS kan.tup tup SMS dari CELCOM takpun MAXIS.bengang giler.usihhhh jangan bengang bengang kat maxis or celcom semua nie..tanpa dorang mesti korang sekarang still lepas rindu guna public phone.kan2, :)





korang mesti tau kan? dulu talian perkhidmatan phone nie banyak sebenar nya.. mula nya ada DIGI(016) , ada MAXIS(012), pastu ada lagi CELCOM(019), tak lupa jugak ADAM(017), TMTOUCH(013), haaa banyak kan dulu siap ada TIMECEL segala bagai, sekarang nie tambah pulak UMOBILE.banyak tu.......

SMS ni mula diperkenal start tahun 2000.time tu ha mak ai 1 SMS je dah bekupang kupang..ada sampai 3kupang..tapi time tu  kita tak rasa mahal sangat sebab kita baru start demam SMS nie.ala SMS sehari baru 1 2 yela..baru lagi lama lama mula la ketagih kan..bukan 1 2 dah, 100 200 tu kira sikit tu..kadang kadang kita SMS sampai tak sedar kredit kita yang baru kita paw adik dah habis camtu ja kan..nak nak kalau kita SMS maxis ke celcom and celcom ke maxis..




korang mesti tawu kan dengan SMS nie memudahkan,, bukan macam dulu...nak semak saman semua dah boleh pakai SMS, nak semak cukai and nak berurusan dengan JPJ apa semua boleh guna SMS, sampaikan nak cari jodoh pun guna SMS, SMS ON CINTA DAN HANTAR KAN KE 33323.perggghhhhh maju! tapi aku rasa SMS jugak menghilangkan and merosakkan mood kita..maksud nya?


  • dulu nak cek keputusan SPM STPM kena gi sekolah, amik slip sendiri..sekarang SMS KEPUTUSAN dan hantarkan ke 23336.best ke camtu?rasa macam takde debaran tu kan.baring atas katil then lepas 5 minit dia anta keputusan kita guna SMS.hilang kemanisan nak amik result tu.
  • nak bekenalan pun guna SMS, korang nampak kan chat kat TV tu?selalu pagi pagi kat tepi TV ada la ruangan CHAT.SMS la apa yang korang nak cakap..nak bekenalan pun boleh..tapi lepas korang SMS and bekenalan tu rancangan tu habis.baru korang dapat ayat sorang awek.tup tup rancangan tu habis,,sekali dengan chat , awek tadi hilang..takkan nak tunggu minggu depan pulak kan.memang spoil la.
  • nak cari jodoh guna SMS, taip ON CINTA hantar ke 66666, dah tu 1 sms dah RM1.50..memang what the fish la..nak kenal kenal pun dah kena banyak tu ..lagi baik ambik pic sendiri letak dalam majalah ruangan kembang semangkuk.
  • nak tipu orang pun senang guna SMS nie.anda telah memenangi RM12000.sila tuntut hadiah anda..SMS maklumat seperti nama alamat no ic dan no akaun anda .kalau boleh balas memang aku nak balas SMStu.oi dari ko bagi kat aku menang duit tu lagi baik bagi nenek ko menang.korang ingat senang ke nak dapat free duit.sape nak bagi..
  • sekarang ni demam realiti TV, idola kecil, idola besar la apela..maharaja lawak ..lepas rancangan tu korang boleh undi orang yang korang suka.korang pun dengan rajinnya topup RM20..SMS la undian korang tu samapai 20 kali..1 orang dah 5posen..kalau sejuta rakyat malaysia yang fanatik undi..berapa dah dorang tu dapat?untung untung kan.. 


caj sms zaman dulu kala




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

warna kereta ada makna kepada pemilik okeyh!!!

www.tips-fb.com
orang usha



whassup all.waa dah lama tak update..fuhh labah labah punya sarang! bersawang HABAQ HANG, ok nie 1st entry aku untuk tahun 2013 nie,waa dah masuk tahun baru rupanya,,

 perkara yang perlu korang elak sebelum tahun baru ,,pada 31 disember 2012 ,,jangan masuk toilet pukul 11.57 malam sebab  kemungkinan korang akan keluar dari toilet tu tahun depan.haha.dah2 cukup merepek sikitt,, jom usha tajuk entry,,WARNA KERETA ADA MAKNA.layan~



warna perak

kalau korang nak tau warna perak warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru.warna perak membuatkan  kereta korang nampak mahal.kereta warna perak nie menunjukkan pemilik seorang yang pantas bertindak,kalau nak buat keputusan tak pikir panjang.pendek kata tak suka nak remehkan kerja.lagi cepat setle lagi bagus and orang ada kereta silver ni sensitif sikit,kadang sampai pening kepala orang lain nak melayan.


warna hitam

hitam itu menawan.kereta jenis nie nampak esklusif and misteri,maklum la hitam kan selalu dikaitkan dengan misteri nusantara, pemilik kereta warna hitam nie sorang yang sanggup buat apa je demi kepentingan diri and orang yang dorang sayang,dorang tak mudah putus asa sampai apa yang dorang nak, dapat.selagi tak dapat selagi tu tak puas hati.pemilik kereta hitam sila kawal sikap baran tu sikit.and kebaikan nya dorang ni jenis yang mementingkan persahabatan.


warna merah

amboi merah nya kak jah,,nampak berani and gagah! dorang yang pakai kereta warna merah nie dikatakan perasaan dorang dikawal oleh emosi..emosional sangat la tu.nak buat apa apa ikut hati orang utara cakap hati kering.dorang nie boleh teka perasaan orang lain tapi tak la tunjuk terang terang.kalau korang ada kawan berkereta merah boleh la luah masalah kat dia sebab mereka nie lebih memahami.




warna biru

warna biru?tak kisah la biru laut ke biru cinta luna ke apa yang yang penting biru..si pemilik kereta warna biru lebih romentik and yakin boleh.kelebihan dorang ,dorang tetap cool walaupun time tu traffic jam sampai 3 kilometer,mak ai! sabar nya, susah nak marah.dorang pandai buat lawak kalau berkawan dengan si pemilik kereta biru memang tak kering la gusi tu.





warna hijau

hijau dikaitkan dengan duit..duit?yes duit.dorang yang pakai kereta warna ni dikatakan lagi pemurah,,tak kedekut pasal duit nie.nak pinjam cakap je berapa.duit takde cek pun dorang sanggup bagi.baik hatipunya pasal.orang bekereta hijau nie memang kuat berahsia.jangan harap korang boleh korek rahsia dari dia.

warna kuning

pemilik kereta warnna nie memang suka tarik perhatian, nak kan perhatian.yela,,kalau korang jalan kat highway nampak myvi kuning mesti korang tak kelip mata tengok.sekali tengok macam BUMBLE BEE pulak kan.dorang ni jenis bersemngat tak kisah apa orang nak kata.asalkan dorang hepy.pemilik kereta kuning dikatakan selalu kesunyian..sebab dorang susah nak bergaul,,kalau nak berkawan dorang nak orang tu yang mulakan dulu.





warna putih

dorang jenis nie memang suka sangat warna putih , sesetengah orang tak suka putih sebab kalau kotor nampak sangat kan..tapi yang baik nya pemilik kereta putih sukakan keamanan, nak hidup dalam ketenangan.dorang cepat puas hati dengan apa yang ada.asalkan ada.orang yang pakai kereta warna putih memang sorang yang pembersih.yela kereta putih kena selalu jaga la,putih putih pun tetap bersih dan berkilat.







DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...