Saturday, 24 November 2012

jenis jenis status facebook

www.tips-fb.com
orang usha


assalamulaikum semua.belum tido lagi?nak jadi burung hantu, bagus bagus jadikan aku mentor, memang layak nya digelar burung hantu.

 :) korang mesti kaki facebook kan, memang dah ketagih dengan facebook.aiseymen aku pun camtu, tapi sekarang dah kurang sikit ketagih tu, dah tak overdose dah, orait, jenis jenis status yang ada kat facebook.






status awek comel 

selalunya status jenis nie memang ramai lelaki LIKE, kalau ada butang LIKE kuasa 3 memang nak tekan dah,  apa tak nya dah awek cun yang tulis, tak payah nak taip panjang panjang, letak tanda senyum takpun tulis HURMM tak sampai 2 minit dah bepuluh orang like, beduyun duyun orang komen, kau ado?? 


status planet marikh

status nie selalu gak kita jumpa kat facebook, kalau nak paham apa dia tulis kena panggil makhluk asing  planet marikh datang tolong terjemahkan.jenis nie ,aku pun tak tahu SPM paper BM dapat berapa. contohnya mcm nie.. 

"HyE CaYuNK, CAYuNk ADEw MAneW tuEE, TeNgH TUnGgue ABg LETew.. CAyunK tAk Rindu ABg KEww"

haa tgk sekali pandang dah macam DIA TULIS ARAB DAAA..



status spam

status nie biasanya akan ditulis orang yang tengah alami tekanan perasaan tahap bawah sedar, kiranya tengah sedih tapioka la nie, kalau boleh selagi dia tak hilang sedih selagi tu dia nak update status sedih dia, dia punya status je dah penuh HOME, bersusun sampai kena scrool 2 kali! ikut kau la, facebook kau kan..


status forever alone

status jenis nie memang nampak sangat dia forever alone, terang lagi besuluh tak payah guna torchlight memang lonely nie, selalunya status jenis nie lelaki yang tak hot, tak hensem yang tulis. (adakah aku pun camtu, ohh tidak! haha) takde sapa nak like or peduli status nie. nasib kau la eh. 


status sendiri status sendiri komen

status jenis ni lebih kurang macam forever alone gak, dah takde sapa nak komen ,dah tu sendiri komen la,bagi nampak rancak sikit kan


status sendiri status sendiri like

nie pun satu lagi simptom2 mr lonely, status sendiri sendiri like, gambar sendiri sendiri like.  kalau ada button like kuasa 25 ribu memang nak tekan dah bagi nampak banyak orang like status tu. 


status alim kucing parsi

status jenis nie memang bagus, selalu post benda benda yang datangkan pengajaran, tapi jangan la jadi alaim kucing parsi, kat facebook status bukan main alim, kat luar, perggghh kalah jin notti..baik itu jahat jahat itu baik.takpun orang lain tengah rancak berkomen tetiba dia masuk, barangsiapa melengah lengahkan solat tergolong dalam kalangan orang yang rugi,, tengah tengah maghrib komen camtu, yang ekau tu buat apa lagi ,,pegi la solat..takmo takmo camtu.


status bengang tahap dewa

status jenis nie lain sikit, bila korang update status, "alamak demam la pulak" pastu akan ada orang komen, "ada aku kesah?" memang nak cari gaduh la kan, dengan tak pernah sebelum nie nak komen status, tetiba malam tu muncul dengan komen yang membuat kan korang nak pelangkung dia. takpun korang punya la hepi nak bagitau 1 dunia yang korang ada pakwe, "i love u bee,,ayg cyg bee" then ada orang komen "Zzz" memang what the fish la kan.haha


status lari tajuk

status jenis nie memang membuat kan korang rasa nak hempuk je laptop atas kepala si polan yang komen tu, tengah syok syok bahas pasal politik isu semasa, boikot MCD, makan la KFC, tetiba ada sorang mamat datang and komen dengan tajuk yang lari, dengan loyar buruk nya, pastu korang pulak tak kenal siapa tu, kalau korang kenal maybe boleh diterima sebab kawan korang saja nak menganjing korang! ;)


status bajet 2012 hot

status jenis nie memang tuan punya status takkan balas kalau korang komen kat bawah status tu, dia rasa bila dia komen panjang panjang, ke hot-an status tu dah jadi suam suam kuku kambing. (aku terasa nie) hahah


status berangkai

status jenis nie memang buat orang malas nak baca, dah la tulis panjang macam nak buat karangan, pastu cite pasal diri dia pulak tu, tak cukup dengan tu bahagia komen tu pun dia sambung lagi cerita dia punya pengalaman hidup haritu.adoi.....


status kena hack

status nie memang kita boleh detect sebab status jenis nie memang mengarut , kalau lelaki memang biasa nya status hack dia mesti "SAYA GAY" tu dah taw dah mesti kena hack tu..


status kamus oxford fajar

status nie biasa nya memang susah nak faham sebab memang dia tulis bahasa inggeris, 1005 bahasa mat salleh, memang tak berapa nak paham,sudah nya  scroll bawah.kan3.


status facebook nie memang kau punya

kalau boleh semua benda dia nak update, nak demam update, begaduh dengan pakwe update, nak makan update, nak berak pun update. 





so mana satu entah kita nie????


DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung

www.tips-fb.com
orang usha





kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab tudung dapat tutup aurat.kan cantik tu.. :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab dia dapat jaga maruah dia.. :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab dia memang cantik, pakai tudung bertambah 
lagi saham cantik nya tu.. :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab dia cuma nak tunjuk kecantikkan sebenar 
pada yang HALAL je :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab bertudung tak semestinya baik, tapi yang baik
 MESTI bertudung :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab dia dah ikut perintah Allah , Rasulullah, 
ibubapa dan orang yang sayangkan dia. :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab dia takut orang niat jahat jahat tengok kecantikan dia.
so dia sorok kecantikan sebenar disebalik tudunng :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab dia dapat pahala, pahala dia masuk lagi 
laju dari jalur lebar maxis broaband tu :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab bila perempuan lain tengok bertudung tu cantik
,perempuan tu pun ikut, dah dapat pahala lagi :)


 kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab hanya lelaki yang beriman je yang berani dekati dia. :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung? 
sebab rambut tu kan mahkota perempuan,
 jangan la bagi lelaki tengok free :)


kenapa perempuan muslim lebih cantik pakai tudung?
sebab nanti kat akhirat lagi cantik rambut dia, 
Allah pelihara dari bara api. :)








so apa lagi gadis diluar sana? :) bertudung tak semestinya baik, tapi yang baik
MESTI bertudung :)





DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Friday, 23 November 2012

lepas kan kalau sayang

www.tips-fb.com
orang usha


selamat malam semua. dah tido?wahh awal tido?kan cuti sekolah sekarang nie.rilex dulu. :) malam nie nak share pasal tajuk atas tu, simple kan lepaskan kalau sayang.


"Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta ,Aku lepaskan kau
sama orang lain"
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain. mesti selalu dengar lagu nie kan, anak kampung Jimmy Palikat. apa hubungan cinta dan lepaskan nie? aku suka kau, kau tak suka aku. so aku lepaskan kau untuk kau pilih orang yang kau suka. mana nak boleh paksa suka nie kan. 

cinta tak bermakna memiliki okeyh? jangan bersedih LA TAHZAN, kenapa perlu korang lepas kan ? and kenapa perlu korang kecewa.sebab rasa kecewa tu akan ajar supaya kita tak kecewakan orang lain lepas nie.kita di beri peluang untuk belajar erti kecewa, sebelum kita betul betul bersedia mengenali cinta sebenar.

"cinta tu milik aku. kau hak aku"mana boleh macamtu, kita semua nie hak Allah, Allah yang cipta rasa tu. so DIA jugak yang menghadirkan rasa tu dalam hati korang dengan si dia. so kita takda hak mutlak untuk memiliki dia .bagi la dia pilih..walaupun keputusan dia akan kecewa kan korang , LA TAHZAN kalau terpaksa lepaskan dia.biar kita sakit sekarang supaya sakit kita tak bertambah parah lagi nanti. SO CHILL LA. :)
"Jangan kau trip baik malu-malu kunun
Ku mau hatimu bukan harta semata
Asalkan hati baik perangai pun cantik
Kira Ok suda"



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Apa nak buat bila cinta ditolak?

www.tips-fb.com
orang usha


Entry ketiga pasal cinta ditolak. ok apa korang rasa bila cinta korang yang korang jaga tu ditolak mentah mentah camtu je? mesti malu geram sedih semua jadi satu kan. kat sini aku share apa yang kita boleh buat kalau cinta tak kesampaian.






Percaya pada takdir. semua dah ditakdirkan. kalau Allah cakap kun fayakun , jadilah maka jadi lah ia.. lumrah manusia tak suka penolakan, sape yang suka kalau tak dapat apa yang kita nak kan, aku pun tak suka kalau permintaan aku ditolak, tapi redha la yang cinta tu bukan hak korang. manusia kan dicipta bepasang pasangan. 


Sabar semua tu bukan benda yang memalukan. malu kesal sedih kecewa semua kita rasa bila cinta ditolak. tapi semua tu kan boleh jadi pengajaran untuk tak semudah tu bagi hati kita pada orang, letak hati kita pada harga yang tinggi. dan jadikan tu satu bentuk pejuangan untuk mencari cinta halal sampai alam perkahwinan kan. mana tawu kan orang yang tolak kita tu memang jodoh kita, doa jer. :)





Cinta perlukan masa. untuk cinta kan seseorang perlukan masa. kalau cinta ditolak, jadikan dia kawan kita yang terbaik , mana la tawu dalam tempoh berkawan tu dia nampak keikhlasan kita and masa tu dia accept kita. hati kan tak boleh dipaksa. ada yang baru sekali tengok dah jatuh hati, ada yang kawan bertahun tahun baru suka, ada yang mula mula benci pastu sayang, semua tak mustahil kan. dalam satu kajian hubungan cinta yang bahagia dan kekal bermula dengan hubungan pershabatan.


Realistik la sikit. kena berfikir realistik, kalau dia tak nak kat kita ada lagi orang lain nak kan, tak semua benda yang kita nak akan dapat .so be REAL, jangan meratap then bukak radio dengar lagu sedih sambil meraung.takmo takmo.





jangan la sedih, walaupun ditolak.. tak patut sedih sebab kita cuma hilang orang yang kita cintai, tapi dia hilang orang yang betul betul cintakan dia. jangan sedih hidup single sebab dalam kubur pun kita single jugak kan. :)




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Tanda tanda cinta ditolak

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all and selamat petang. entry kali nie nak kongsi dengan korang tanda tanda cinta kita ditolak. 



  • Selalu takde kredit
bila hati dah kemaruk cinta, tak jumpa sehari pun dah sasau. tak mesej sehari rasa macam keluar rumah tak pakai seluar .tak sempurna hidup tu. bila mesej dia tak balas, dengan rasa tanggungjawab korang pun terus Call, then dia pun cakap kredit dia habis.memang spoil la kan. apelagi korang pun terus keluar topup untuk dia. topup dekat 30 Hinggit pulak tu. lepas geram! konon nya nak QHODO hari hari yang korang tak sms tu, korang pun menaip sampai 7 slide sms , tapi apa yang korang dapat? dia jawab. OOOOoooo aaaa..haa tak paham lagi?dia tolak la tu!


  • Selalu buzy
selalu busy sampai nak jumpa dengan korang pun kena buat appointment padahal dia cuma keja kedai FOTOSTAT! nak ajak kuar setahun sekali pun susah, tu pun puas paksa kan.korang pun dengan sabar nya pujuk hati , kira nak positif la nie. "mungkin dia memang busy" so korang patut pikir, time mula mula kenal memang dia camtu ke?ke dia dah berubah? 





  • Tak ketawa
punya la korang buat lawak sampai pecah perut .walaupun lawak korang tu korang pau lawak JOZAN, si dia buat bodo je dengan lawak korang, tu kiranya dia tak berminat nak dengar apa pun korang kata. orang lain dengar lawak korang tu sampai guling guling berair mata tapi dia buat macam tunggul. dia bukan tak paham lawak korang tu tapi memang dia tak peduli!


  • Jarang Contact
dia jarang contact, kalau korang buat 5 miskol pun tapi dia tak angkat, dia takkan call korang balik , jangan harap la dia nak call kan..korang pun penuh kesabaran tunggu punya tunggu. tunggu la sampai bejanggut. 





  • Menolak ajakan
dia akan tolak ajakan korang dengan sopan nya . tapi korang tak paham paham jugak minggu depan ajak lagi, pastu dia tolak lagi. sampai la korang dah paham and takkan ajak dah.


  • Menjodohkan korang
si dia akan cuba menjodohkan korang dengan orang lain. dia akan puji kawan dia bebakul bakul depan korang kira nak matchkan korang la, dia usaha membuatkan korang rasa korang tersilap pilih dia.





  • Tak nak hubungan rapat
si dia tak nak hubungan yang rapat sangat, takut korang letak harapan tinggi. so dia akan cuba jauhkan diri , kalau korang call dia takkan cakap banyak. lebih banyak diam, dia tak nak korang salah paham dengan layanan baik dia.so paham paham la

  • Kita kan kawan
dia akan terus terang yang dia cuma suka berkawan dengan korang, takde perasaan lain pun. 






DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Thursday, 22 November 2012

TANDA SI DIA TAK MINAT BER SMS DENGAN KITA

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all. . .  waaa banyak pulak aku tulis entry kan. . . bukan apa lepas nie busy sikit kot. . . dah nak start keja. .  tulis banyak banyak.. save dalam draft tinggal nak publish jer. . .tak la bersawang blog nie. . . ok lets proceed to main topic . .  cewah ! speaking london. . 
sila baca tajuk atas tu? dah?btol nie dah?ok2! . . korang mesti penah kan BER SMS, tapi korang pelik kenapa sms korang dengan si dia tak serancak mana pun! even aku sendiri pelik. .  hahaha. sebenarnya ada tanda tanda  si dia memang tak minat nak SMS dengan kita. ni tanda tanda yang si dia memang tak berminat melayan kita.


1.Jawab lambat
nak tunggu sms si dia balas tu, sama macam nak tunggu harimau bertelur.. bila dia balas, tak sampai seminit korang balas balik kan. tapi haaa korang tunggu la lagi sejam baru dia balas.bila kita tanya, antara jawapan. .  "buat kerja" , " tak pegang phone" , "tengok tv"
and jangan terkejut kalau dia bagi alasan yang memang buat korang nak hantuk kepala korang kat dinding. " FON MASUK AIR" "SIDAI BAJU PUKUL 3 PAGI" "ADA SEMUT DALAM FON" "SMS TERSANGKUT KAT POKOK" hahaha ( sila ketuk kepala)



2.Takde kredit

ni alasan yang paling senang kalau dia tak nak SMS. . .tapi memang tak bertahan sebab lelaki bila dah suka memang sanggup pegi topup untuk dia. .  rindu la konon. padahal kredit si dia memang penuh sebab bapak dia baru topup RM100 ! :)



3.Balas pendek

kalau si dia memang tak minat nak sms dengan korang, jangan harap la dia nak balas lebih dari 10 perkataan, so korang kena kira kalau tak lebih dari 10, stop SMS dia. contoh nya macamni :

"awak dah makan? awak makan apa?tadi saya makan kueyteow sup, sedap...., nanti kita gi makan sesama nak? awak penah makan kueyteow sup?"
 

si gadis menjawab

"DAH, PENAH"



4.Hilang ketika SMS

dia akan tetiba hilang bila tengah SMS korang. . lepas 2 3 SMS dia hilang, magic kan boleh hilang hilang.hehe. pastu korang konon nya  nak BERFIKIRAN POSITIF la. . korang pikir maybe dia tak perasan sms korang tu ! korang pun dengan rajin nya anta lagi bepuluh sms tapi jangan risau nanti lagi seminggu dia balas.



DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

3 jenis jodoh

www.tips-fb.com
orang usha



whassup all.. entry kedua hari nie ? baca tajuk atas. .  dah? ok ada 3 jenis jodoh. nak tahu jenis jenis 

Jenis jenis JODOH


JODOH DARI SYAITAN


apa tu jodoh dari syaitan? ? jodoh dari syaitan sebenarnya jodoh yang diperoleh dengan cara yang tak baik la. tak baik achaner tu? ok camni. . . bila bedua dua mesti ada yang ketiga kan?apa?haaa pandai mesti ada syaitan. . so bila dah HANGAT MENBARA percintaan tu sampai sanggup serah segala , sampai terlanjur. . then terpaksa berkahwin untuk tutup aib tu. ha tu la jodoh dari syaitan.




JODOH DARI JIN


jodoh dari jin pulak macamana? ok jodoh dari jin ni contohnya macam sorang lelaki syok giler kat sorang awek nie.tapi awek nie jual mahal! bajet maya karin la konon. di sebabkan awek tu punya la eksyen! so lelaki tu guna perantara jin untuk buat perempuan tu sukakan dia sampai berkahwin. kira sihirkan awek tu la.. 




JODOH DARI ALLAH


jodoh dari Allah?memang jodoh ni yang perlu  kita semua cari.. kalau boleh bercinta selepas nikah.kan lagi sweet. lepas kawin semua benda yang kita buat semua pahala.. tengok isteri pahala.semua la.. so berusaha la untuk dapatkan cinta dari Allah. 





semua benda dicipta berpasang pasangan. doa semoga kita jumpa pasangan yang dapat bimbing ke arah kebaikan. sama sama berusaha ke arah kebaikan. TAK PERLU MENCARI PEMILIK TULANG RUSUK, PEMILIK TU YANG AKAN DATANG CARI TULANG RUSUK NYA :)




DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

12 fakta tentang lelaki

www.tips-fb.com
orang usha


whassup all..jom tengok sifat lelaki yang perlu perempuan tahu! 




  • walaupun lelaki nampak tenang and cool bila berdepan masalah. . . kira bugdet tak nak tunjuk gelabah. . . hakikat nya dalam hati memang tetap gelabah puyuh jugak!
  • walau segarang mana pun lelaki, tak kira garang macam singa kat afrika tu ,tapi bila berdepan dengan orang yang dia suka dia akan transform jadi arnad..manja nak mampus! 
  • selalu bertindak tak fikir masak-masak..terutama bab bercinta..ikut emosi  kalau first time bercinta . . . tapi kalau bukan first time pun tetap emosi jugak! haa achaner tu??
  • tak mudah lelaki nak lupakan bekas kekasih nya walaupun lepas 3  tahun  putus. . .
  • tak kisah pasal benda remeh remeh nie.contoh nya nak keluar pakai baju apa..aiman tak kisah! baju pagoda pun dah kira smart dah tu!
  • suka wanita yang lembut, walaupun mata lelaki selalu pandang awek seksi tapi! kalau nak jadikan awek seksi tu isteri memang 3 4 5 6 kali jugak lah fikir.
  • bersifat terbuka .. kalau tak puas hati dengan MEMBER terus sound tapi sound pun tetap jaga hati member tu, sound dalam bergurau. lepas tu sama sama gelak.walaupun sound tapi dua dua tak makan dalam!
  • selalu fikir perempuan yang menyukai dia tapi jangan pelik kalau dia tak suka pun perempuan tu. . 
  • perempuan yang paling disayangi lelaki ada EMAK nya.
  • lelaki sejati memang benci dengan GAY
  • walaupun lelaki tu pemikat terbaik ,,tapi kalau dia berdepan dengan perempuan yang dia suka lidah dia macam kena gam! malu kucing!
  • AKAN BERUSAHA MENDAPATKAN GADIS PUJAAN HATI NYA SAMPAI KE TITISAN AKHIR WALAUPUN DIA TAHU BANYAK CABARAN UNTUK DAPAT GADIS TU!






DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Saturday, 3 November 2012

RESEPI cinta ABADI

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all.hari nie chef two nak share dengan korang satu resepi .bukan! ..bukan resepi ayam mentega masak sweet sour.. resepi cinta abadi. ok sedia kan pen dan kertas.dah?ok duduk duduk~ fuh ada bakat jadi duta prego!  korang dah ready?ok simpan resepi nie mana tawu nanti korang nak try buat!


BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas rasa suka
  • 1 botol hati gembira
  • 1 biji rendah diri (saiz besar)
  • 2 cawan tolak ansur
  • 5 keping kehormatan
  • 4 cubit rasa rindu
  • 3 batang tanggungjawab
  • 10 guni kejujuran
  • 5 sudu kesetiaan
  • 100ml kesabaran
  • secubit cemburu (sikit je taw!)

CARA-CARA

  • Satukan semua bahan di dalam hati kecuali RASA CEMBURU
  • kacau hingga semua bahan tadi sebati
  • rendahkan api KEMARAHAN ke suhu paling kecil (takut hangit)
  • kacau lagi hingga bancuhan semua bahan-bahan tadi menjadi pekat
  • bila bancuhan dah jadi pekat dan likat, masukkan rasa cemburu.TAPI! sikit je ok, banyak banyak takut masakan jadi 'TAWAR'
  • kacau lagi hingga SUKA bersalut dengan semua bahan bahan  (hati hati semasa mengaul, jangan sampai SUKA tadi hancur)
  • curahkan kesetiaan dan kejujuran kedalam ramuan tadi yang telah disalut dengan rasa GEMBIRA.
  • ratakan dan tekan bahan yang telah disalut tadi semasa rasa kesetian masih lagi panas supaya ia mampat
  • masukkan dalam jiwa ataupun  biarkan ia mengembang barulah masakan kita boleh di hidangkan
  • bila rindu dan tanggugjawab dah sedia terhidang barulah sempurna masakan kita nie.





selamat mencuba! :)








DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Thursday, 1 November 2012

lelaki lembut vs pondan? sama kah?

www.tips-fb.com
orang usha

whassup all. hari ni cuma nak buat entry pendek (pendek la sangat).tajuk entry? ha baca atas tu , lelaki lembut vs pondan atau lebih selesa dipanggil mak nyah. so sama ker dua nie??? ejaan pun dah tak sama kan, maknanya tak sama lah. .  
bagi aku lelaki lembut dan pondan nie bukan dalam spesies yang sama , kiranya macam lelaki lembut nie spesies berdarah panas and pondan lak berdarah sejuk. hahah. pandai pandai ja aku kategorikan dorang.





apa beza antara lelaki lembut dan pondan nie? kalau korang tanya aku, dengan selamba nya aku cakap lelaki lembut nie masih lagi lelaki, ada naluri lelaki,  suka pada perempuan and dalam hati yang lembut tu angan angan nak kawin dengan PEREMPUAN tu ada. .boleh faham?  
kalau lelaki lembut nie just perwatakan dia lembut and ke arah perempuan, SOPAN GITU.. kalau nak main cubit cubit dengan dia pun takde hal la, tapi confirm kalau korang perempuan korang tak kan rasa pun CUBITAN dia tu sebab tahap kelembutan dia tu kalah lembut nya korang! eh betul ke? OPPP! aku tak cakap dorang insan yang lemah! berwaspada dengan lelaki lembut nie walaupun dorang lembut jangan diusik, jangan sampai SUARA JANTAN dia kuar. time tu habis la korang! dicubit cubit sampai bebekas lengan korang.




lelaki lembut?of cos dah luaran lembut dalaman pun lembut la. eh bukan aku cakap lembut macam sutera china tu, bukan...nie lembut macam kain yang dicuci dengan pewangi DOWNY, lembut & harum.hahaha tersangat la HIPERBOLA ayat aku kan.. ok straight to the point la! lelaki lembut jiwa dia tersangat la sensitif.. bukan boleh bawak begurau macam lelaki yang budget nya kasar sangat la macam aku.! .lelaki kalau sesama lelaki bila bergurau keluar ayat BOD**, BA**, n semua lah yang bermula dengan huruf B tu , tapi HATI HATI dengan lelaki lembut, jangan bergurau yang boleh buat dia terasa, emosi dorang emosi Jeniffer lopez.mudah terasa and MAKAN DALAM!




1 lagi ,thanx to MY DEBAB sebab bagi pendapat, lelaki lembut nie akan dilayan sama macam MEMBER PEREMPUAN yang lain, maksud nya apa yang member perempuan kongsi sesama dorang akan di kongsi dengan jejaka lembut nie. .tak kisah la pasal personal ke apa.. sebab dah terbiasa and anggap dia pun salah sorang gossip girl ! betul macam tu DEBAB? :)

PONDAN?aku tak nak sentuh sangat pasal pondan nie. . sebab korang semua confirm tawu macamana perangai pondan kan.pondan nie totally sifat lelaki tu dah hilang, bukan takat sifat ..KELAKIAN pun dah hilang..dah ada dalam BOTOL.hahaha.gurau2.. pondan nie lebih kepada nak jadi same as girl, cara pakai, makeup nya lagi, bentuk badan lagi. senang cakap, memang nak tukar jantina.. 




kalau pondan yang masih di REKRUT kan kat sekolah  tak nampak sangat ketara cara pakaian semua..still lagi pakai seluar sekolah hijau,tapi jalan memang kepit kepit la..dalam beg mesti ada bedak nak tempek time rehat. nak masuk tandas LELAKI dorang pikir 2 3 kali takut di apa apa kan.!hehehe, so bapak bapak sebelum anak di TAULIAH kan sebagai pondan sejati lepas habis sekolah, sila la buat sesuatu, jangan tengok je.maklum la takde anak perempuan, tu la sapa suruh time mengandung dulu mengidam nak makan SOTONG.kiki. gurau! 




so?sejatikah anda! aku?of cos la lelaki tulen! renungkan dan selamat beramal~ 









DONT SHY-SHY KALAU NAK KOMEN.THANX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...